MyResipi
Artikel
2020-11-25
Pernah tak korang membeli sepapan telur, tetapi terlupa untuk menggunakannya? Bukan itu sahaja, kadangkala kita tak mampu nak habiskan kesemua 30 biji telur tu dalam tempoh yang singkat. Tapi bila tiba masa untuk digunakan, mulalah rasa was-was sama ada ianya masih elok atau tidak. Jangan risau. Hari ini kami ingin kongsikan tips bagaimana untuk memastikan telur di dalam simpanan masih selamat untuk dimakan atau sudah tiba masanya untuk korang membuang telur berkenaan. Kaedah yang mudah dan selalu diguna pakai adalah dengan menenggelamkan telur di dalam sebuah bekas yang mengandungi air. Ini merupakan cara paling mudah untuk mengetahui kualiti telur. Jom kita ikuti perkongsian daripada Aneka Resepi Pilihan di kumpulan Masak Cincai Cincai Je di Facebook.
Rendamkan telur ke dalam air seperti dalam gambar di dalam gambar.
Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih baru.
Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…