Siapa-siapa yang 07,02 dan 09 mesti kenal daun lemuni ni kan. Daun ni banyak betul khasiat dia dan boleh mengekalkan awek muda lagi.
Selain itu, daun ni jugak boleh digunakan untuk buat menu nasi lemuni. Orang-orang utagha mesti tahu punya la.
Mesti tiap kali hampa balik kampung dapat bekal daun lemuni ni dari rumah kan. Kalau boleh nak bawa banyak balik rumah tapi tu lah macam mana nak simpan daun ni biar kekal segar seperti baru dipetik. Meh min ajar tips nak simpan daun ni menggunakan kaedah dehydration.
Mula-mula lurut semua daun dan cuci sehingga bersih.
Kemudian masukkan ke dalam dehydrator dan keringkan pada suhu 70°C selama lebih kurang 16 jam.
Bagi sesiapa yang tidak mempunyai dehydrator, boleh guna cara jemur di luar rumah bawah cahaya matahari.
Selepas itu, daun yang sudah kering akan kelihatan seakan rapuh dan boleh dipatah-patahkan.
Seterusnya, masukkan ke dalam blender dan blend sehingga halus seperti serbuk.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk supaya dapat disimpan dalam masa yang lama.
Bila nak menggunakannya, larutkan beberapa sudu serbuk itu dengan air.
Biar seketika dan kemudian tapis larutan tersebut lalu masukkan ke dalam campuran beras untuk menghasilkan menu nasi lemuni.
Moga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba.
Kredit: Liza Sharif
Minyak Tertumpah Jangan Terus Mop! Ikut Cara Ni, Kesan Minyak Hilang Macam ‘Magic’
5 Sebab Makanan Cepat Rosak, No. 3 Itu Selalu Orang Kita Buat!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…