Penggemar ikan bolehlah cuba resipi ikan rebus sambal picit ini. Rasanya sedap dan cara buatnya senang sangat. Ikan itu hanya direbus atau dikukus dan sambal picit mudah pun untuk membuatnya. Picit sahaja semua bahan-bahannya dan gaul sebati.
Baca juga: Ikan Kembung Percik Air Fryer, 10 Minit Dah Siap Masak!
Setelah siap, bolehlah makan dengan nasi kosong. Atau kalau nak makan begitu sahaja pun sedap. Boleh cuba resipi dari perkongsian Halijah Karim ini.
RESIPI IKAN REBUS SAMBAL PICIT
Lauk terpaling simple dan sihat, tapi itulah boleh menambah nasik berpinggan-pinggan.
Bahan-bahan rebus:
- Ikan kembung – siap siang dan bersihkan
- Asam keping
- Garam
Bahan-bahan sambal picit:
- Cili api kampung hijau + merah 20 batang
- Belacan 1 sudu besar. Nak lagi sedap bakar dulu belacan tu.
- Belacan – siap bakar
- Asam jawa 1 sudu besar
- Garam
- Gula
- Air masak sedikit
- Buah limau nipis 2 biji – perah akhir sekali
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama sekali, rebus ikan:
- Bersihkan ikan dan taburkan sedikit garam dan asam keping.
- Panaskan air dalam periuk besar dan biarkan mendidih.
- Setelah air mendidih, masukkan ikan ke dalam kuali.
- Rebus ikan selama 10-15 minit atau sehingga ikan masak. Anda boleh check isi ikan dengan menusuknya dengan garpu. Ikan kalau sudah masak, isinya mudah terpisah.
- Keluarkan ikan dari air rebusan dan toskan.
2. Semasa ikan mendidih, sediakan Sambal Picit:
- Kisar halus ke semua bahan di atas kecuali limau nipis dalam pengisar.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis cili api hingga naik bau dan bertukar warna.
- Masukkan gula dan garam secukupnya mengikut citarasa. Kacau rata dan masak sehingga sos cili masak dan sebati.
- Angkat dari api dan ketepikan.
3. Cara nak menghidang:
- Selepas ikan telah direbus dan sambal picit telah dibuat, ketakkan ikan rebus di atas pinggan hidangan dan tuangkan sambal picit ke atas ikan. Boleh letak pucuk ubi yang sudah dicelur sebagai sebagai ulam.
Selamat mencuba resipi makanan kampung yang sihat ini.
Resipi: Halijah Karim
Baca juga: Cara Simpan Ikan Bilis Supaya Tak Berkulat, TAHAN LAMA Guna Tip Ini