Ikan masak pindang utara ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam proses turunkan berat badan kerana cara masaknya tidak menggunakan minyak.
Imbangan rasa antara masam dan sedikit pedas juga membuatkan juadah ini sangat sedap untuk dihirup ketika panas-panas.
Memang menu yang sangat sihat untuk anda cuba! Jom baca resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Tosei Yang Sedap, Lengkap Bersama Idli & Chutney Kelapa
RESIPI IKAN MASAK PINDANG UTARA
Bahan-bahan:
- Ikan pilihan
- 2 biji cili merah (*)
- Belacan sebesar ibu jari (*)
- 3 ulas bawang merah (*)
- 1 batang serai (diketuk)
- Daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 2 biji tomato (dibelah 6)
- 4 keping asam gelugur
- Serbuk kunyit atau kunyit hidup (*)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan serbuk perasa
Cara-cara:
1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda (*) dan masukkan ke dalam periuk.
2. Tambah air, asam keping, serai, daun kesum, garam, dan serbuk perasa. Didihkan.
3. Masukkan ikan dan tomato, tutup periuk hingga ikan masak (mata ikan bertukar putih).
4. Biarkan mendidih seketika, kemudian tutup api.
Tip:
Anda juga boleh menambah timun, bendi, ulam-ulaman mahupun sambal belacan untuk menaikkan lagi selera dan rasa sedap lauk ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Cara Buat Masak Cuka Ikan Berkuah Sedap, Guna Resipi Ini Pasti Jadi!