ikan masak cili santan

Kalau tiada idea nak masak apa guna lauk ikan, jom cuba resepi ikan masak cili santan yang menyelerakan dan membuka selera ini.

Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya memang cukup mudah untuk dimasak oleh sesiapa sahaja.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bersama Resepi Eny Abdullah di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Goreng Ini Lain Macam Sedapnya, Bukan Sekadar Lumur Garam & Kunyit Saja!

RESEPI IKAN MASAK CILI SANTAN

ikan masak cili santan

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Cili padi ikut pedas
  • Daun kunyit (dihiris)
  • Serai (titik)
  • Ikan (gaul dengan garam dan serbuk kunyit)
  • Garam dan gula
  • 1/2 kotak santan

Cara memasak:

  1. Kisar kasar bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan.
  2. Goreng ikan yang digaul dengan garam dan serbuk kunyit.
  3. Goreng dalam minyak masak sampai masak dan garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Gunakan minyak yang sama goreng ikan tadi, tumis serai dan bahan kisar. Tuang juga sedikit air.
  5. Tumis sampai cili masak atau pecah minyak.
  6. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
  7. Letakkan juga 1/2 santan kotak dan tambah 1/2 cawan air supaya tak terlalu pekat. Kacau sebati.
  8. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan kacau rata.
  9. Akhir sekali, taburkan daun kunyit.
  10. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN