Categories: Resipi

Ikan Kerapu Masak Kuah Limau, Masam Pedas Menyengat Buat Berpeluh!

Entri kali ini kami akan kongsikan satu resipi yang sangat menarik iaitu ikan kerapu masak kuah limau. Sesuai yang dah kering idea untuk lauk lunch!

Ikan kerapu kuah limau ini lebih kurang masak 3 rasa sahaja, bahan-bahan penyediaan juga lebih kurang sama. Cuma kita akan lebihkan masam sedikit sahaja. Barulah surrr.

Gabungan pedas, masam, manis tambah pula ikan kerapu yang rangup, memang mantap!

Jom tengok resipi oleh Encik Muhammad Ismail Mohd Ali ini.

Baca juga: Resipi Burger Ayam, Ibu Tak Pening Kepala, Anak Mesti Berselera!

RESIPI IKAN KERAPU MASAK KUAH LIMAU

Bahan-bahan

  • Seekor ikan kerapu yang segar
  • 10 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 3 biji bawang besar – dicincang halus
  • 4 tangkai cili merah – dicincang halus
  • 4 batang cili padi merah – dipotong kecil
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 2 batang serai – dipotong halus
  • 4 tangkai cili kering – dipotong kasar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 4 sudu besar pes stim limau
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut – buang urat tengah
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk kunyit, garam, dan gula secukupnya
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

1. Bersihkan ikan kerapu dan lumurkan dengan garam, serbuk kunyit, dan tepung jagung.

2. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan letakkan di atas pinggan.

3. Panaskan minyak dalam kuali.

4. Tumis semua bahan yang telah dipotong tadi, termasuk bawang putih, bawang besar, cili merah, cili padi, serai, dan cili kering.

5. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.

6. Tambahkan sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, dan garam.

7. Masukkan pes tomyam dan pes stim limau. Tambahkan sedikit air untuk membuat kuah.

8. Biarkan masak sehingga kuah mendidih dan sebati.

9. Tuangkan kuah yang telah dimasak tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

10. Hiaskan dengan daun ketumbar yang dihiris halus.

Tips

  • Pastikan ikan digoreng dengan cukup garing untuk mendapatkan tekstur yang rangup.
  • Boleh menambah atau mengurangkan cili mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  • Jika mahu lebih berkuah, tambahkan air mengikut kesesuaian.

Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali

Baca juga: Resipi Tauhu Berlauk Kukus, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet! 

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Simpan Udang Siap Kupas, Bila Nak Masak Tetap Segar & Kenyal

Jom belajar cara simpan udang yang sudah siap dikupas dengan betul. Barulah sentiasa segar dan…

2 hours ago

Buat Sendiri Cheese Paratha Ala Hot & Roll, Letak ‘Extra’ Inti Lagi Puas Makan!

Buat penggemar roti paratha seperti di kedai makanan segera, anda wajib cuba buat di rumah…

5 hours ago

Puding Roti Kuah Kastard, Ikut Resipi Ini Mesti Menjadi!

Pencuci mulut kegemaran ramai ketika berkumpul bersama yang tersayang mestilah puding roti kuah kastard. Cara…

5 hours ago

Resipi Boko Ubi Kayu, Kuih Lama Yang Masih Dicari!

Entri kali ini kami akan kongsikan satu resepi boko ubi kayu yang terkenal di negeri…

5 hours ago

Roti Canai Simple Buat Sendiri, Rangup Yang Jadi Rebutan!

Kalau anda bosan makan di luar, jom cuba resipi roti canai simple. Buat banyak-banyak, boleh…

5 hours ago

Resipi Sup Kicap Legend Orang Pekan, Lauk Paling Dinanti Waktu Kenduri!

Resepi sup daging kicap ini memang sangat glamour di Pekan. Biasanya menu ini hanya dihidangkan di majlis…

6 hours ago