Categories: Resipi

Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Berganda Lazatnya Dari Ikan Sambal Biasa

Ikan sambal adalah hidangan yang sering kita nikmati setiap hari. Mari cuba versi lain iaitu Ikan Kembung Masak Pedas ala Thai ini. Hidangan ini biasanya disajikan bersama nasi, sayur lemak putih, atau sayur goreng, dan merupakan kombinasi yang sangat memuaskan.

Kombinasi rasa yang mencukupi, dari rasa pedas, masam, manis yang seimbang, ditambah dengan aroma daun limau purut, membuat hidangan ini tidak pernah cukup hanya dengan sepinggan.

Baca juga: Aneka Resipi Ikan Kembung Untuk Masakan Kampung, Menjilat Jari Dibuatnya!

Walau bagaimanapun, jika kita selalu menghidangkan hidangan yang sama, mungkin kita akan merasa bosan dan jemu. Apa kata, anda mencuba pula resipi versi ikan sambal yang ini.

Sambal untuk hidangan ini tidak menggunakan bawang merah, tetapi mempunyai rasa serai dan sedikit limau purut yang memberikan cita rasa yang lazat. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh mengikuti perkongsian Muza Muzawati ini.

RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK PEDAS ALA THAI

Bahan utama:

  • Ikan kembung – gaul dengan garam dan kunyit dan goreng
  • Daun limau purut – dihiris
  • Bawang holland – dihiris

Bahan kisar:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • 3 batang serai
  • 6 ulas bawang putih

Bahan sos:

  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Gula
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Ikan kembung harus dicuci bersih dan disapu dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng ikan tersebut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan bahan-bahan sos dan gula secukupnya. Gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuahnya. Agak-agak saja.
  6. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng tadi.
  7. Gaul sehingga rata dan tutup api.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Muza Muzawati

Baca juga: Percik Ikan Kembung Sedap ‘Dooh’, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

1 day ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

1 day ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 day ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 day ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

2 days ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

2 days ago