Nak masak untuk makan tengah hari atau makan malam sebenarnya tak perlu ambil masa yang lama. Cukup anda buat Ikan Kaci Masak Asam, pasti keluarga berselera makan nanti.
Kuahnya yang masam-masam segar, cukup dengan rasa pedas dan manis yang seimbang. Hidangan seperti ini memang tak jemu dimakan, lebih-lebih lagi jika ada nasi panas di sisi.
Baru-baru ini di TikTok, pengguna leezaramzi28 ada berkongsi cara memasak lauk ini yang nampak cukup ringkas tapi hasilnya menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resipi Ikan Temenung Lemak Masak Asam, Kuah Memikat Sampai Licin Pinggan!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaul ikan bersama garam dan kunyit.
2. Goreng sampai kuning keemasan, angkat dan ketepikan, kemudian tinggalkan 2 sudu besar minyak.
3. Selepas itu, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili api sampai naik bau.
4. Seterusnya, masukkan air asam jawa, tomato, garam dan gula secukup rasa.
5. Kemudian, kacau rata sampai kuah mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi bersama cili hijau. Siap untuk dihidang!
Kelebihan masakan ini selain sedap, ia juga cepat disiapkan. Jika tiada idea nak masak apa, resipi Ikan Kaci Masak Asam ini memang pilihan terbaik.
Selamat mencuba!
Sumber: leezaramzi28
Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!
Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…