Categories: Halal Travel

Nak Cuti Tenang & Senang Cari Makanan Halal? Ini 6 Destinasi Travel Mesra Muslim Pilihan Ramai

Kredit gambar : Freepik

Bila cakap pasal destinasi luar negara mesra Muslim, kita bukan saja fikir tempat cantik untuk mengambil gambar atau merasai pengalaman unik, tapi ada yang lebih penting iaitu makan dan kemudahan ibadah!Tapi jangan risau, sekarang ni banyak negara luar yang makin mesra Muslim.

Jadi tak perlu risau nak cari nasi, mi, atau ayam goreng bila melancong.

Artikel berkaitan : 7 ‘Comfort Food’ Bila Travel Luar Negara, Ubat Rindu Bila Jauh Dari Rumah

Dengan perkembangan industri pelancongan halal, lebih banyak destinasi luar negara mesra Muslim muncul di peta pelancongan dunia.

Berikut adalah senarai destinasi luar negara mesra Muslim yang patut anda pertimbangkan.

1. Turki – Destinasi Luar Negara Mesra Muslim Penuh Sejarah & Kebab Halal

Blue Mosque in Istanbul, Turkey

Turki memang antara destinasi wajib untuk pelancong Muslim.

Nak sejarah? Ada Istanbul dengan masjid agung macam Hagia Sophia dan Blue Mosque.

Nak pemandangan? Ada Cappadocia dengan belon panas yang ikonik.

Makanan pula, tak perlu ragu kerana hampir semuanya halal!

Kebab, pide, baklava, sup lentil… memang cukup untuk buat kita makan sampai lupa jet lag. 

Kemudahan solat pun mudah dan masjid ada di hampir setiap sudut.

2. Indonesia – Negara Serumpun yang Mesra Muslim dan Menyelerakan

Tak perlu pergi jauh pun, jiran kita ni memang syurga makanan halal.

Dari Bali ke Bandung, semuanya penuh dengan pilihan makanan yang dekat dengan selera kita, sambal, sate dan nasi padang.

Tempat solat pun senang ditemui, terutama di kawasan tumpuan pelancong.

Dengan rakyatnya yang mesra dan suasana yang tak jauh beza dari Malaysia, Indonesia sesuai untuk anda yang nak tenang tanpa kejutan budaya.

3. Jepun – Halal Travel Makin Mudah di Negara Matahari Terbit

Jepun memang terkenal dengan disiplin, kebersihan dan keindahan alam serta budaya.

Dulu agak mencabar untuk cari makanan halal, tapi sekarang situasi dah berubah.

Di bandar besar macam Tokyo, Osaka dan Kyoto, restoran halal semakin banyak, siap ada label dan sijil halal rasmi.

Nak makan ramen halal, sushi tanpa alkohol, wagyu halal atau pencuci mulut Jepun pun dah tak jadi masalah.

Banyak tempat pelancongan juga sediakan ruang solat atau info waktu solat untuk pengunjung Muslim.

Jepun juga sangat menghormati pelancong kerana layanan staf pun sopan, siap tunduk!

Jadi, walaupun budaya agak berbeza, suasana tetap buat jiwa rasa tenang.

4. UAE – Travel Halal di Negara Mewah dan Islamik

Kalau anda nak rasa pengalaman mewah tapi tetap dalam suasana Islamik, UAE memang tempatnya.

Dubai dan Abu Dhabi menawarkan gabungan bangunan moden, pantai eksklusif dan budaya Timur Tengah yang kuat.

Nak naik unta, masuk safari padang pasir atau beli emas di pasar lama? Semua boleh!

Makanan tak perlu risau kerana semua halal, pilihan pun banyak dari Timur Tengah, Asia sampai Barat.

Masjid pun indah dan besar. Sheikh Zayed Grand Mosque antara yang paling menakjubkan.

Setiap pusat beli-belah besar ada surau dan kemudahan Muslim.

Pendek kata, anda boleh melancong tanpa perlu tukar rutin harian, malah mungkin rasa lebih terinspirasi dengan gaya hidup Islam moden mereka.

5. Bosnia – Eropah Timur Mesra Muslim Untuk Percutian Tenang

Nak rasa udara Eropah tapi tetap dalam persekitaran yang faham keperluan Muslim?

Bosnia adalah pilihan terbaik. Negara ini unik dengan gabungan Eropah Timur dan budaya Islam yang berakar dari zaman Uthmaniyyah.

Di Sarajevo, anda boleh lihat masjid lama, jalan batu klasik dan pasar tradisional yang hidup.

Makanan halal sangat mudah dicari, sebab penduduk majoriti Muslim.

Antara yang wajib cuba: cevapi (seakan kebab mini), burek (pastri daging/keju) dan kopi Bosnia yang padu.

Rakyatnya pun peramah dan suka sambut pelancong dari negara Muslim.

Bosnia mungkin tak semewah Paris atau London, tapi dia ada jiwa dan itu buat kita rasa damai.

6. Taiwan – Destinasi Halal dan Bersih Untuk Pelancong Muslim

Taiwan semakin dikenali dalam kalangan pelancong Muslim terutamanya yang nak destinasi selamat, moden dan tenang.

Taipei, Kaohsiung dan Taichung kini dah banyak menyediakan restoran halal, aplikasi pencari makanan halal dan ruang solat di tempat tumpuan pelancong.

Kalau anda jenis suka jalan-jalan malam, Taiwan terkenal dengan street food dan dah ada versi halal untuk beef noodle, ayam goreng, mi goreng dan pencuci mulut tempatan.

Jangan lupa cuba bubble tea tanpa gelatin atau alkohol!

Negara ini juga sangat bersih, sistem pengangkutan awam cekap dan rakyatnya sopan serta suka bantu.

Sesuai untuk pelancong Muslim yang nak suasana baru tapi masih rasa selesa.

Nak melancong tak semestinya kena kompromi dengan keperluan agama.

Dengan lebih banyak negara terbuka dan bersedia menyambut pelancong Muslim, anda boleh menikmati pengalaman baru sambil kekal dengan cara hidup yang tenang dan berkat.

Apa pun pilihan anda, dari warisan Turki, ke moden Dubai atau budaya Jepun, pastikan satu: perut kenyang, hati pun senang.

Selamat merancang dan selamat bercuti!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.



Nurshafika

Recent Posts

Bayam Merah VS Bayam Hijau, Dua-Dua Bagus Tapi Ini Perbezaan Khasiatnya Ramai Baru Tahu

Selama ini ramai lebih biasa dengan bayam hijau, tetapi bayam merah juga mempunyai khasiat yang…

12 hours ago

Resipi Murtabak Crackers Berinti Daging & Keju, Potong-Potong Terus Nampak Cantik Berlapis!

Murtabak crackers boleh jadi pilihan menarik kalau nak cuba hidangan yang lain daripada biasa. Menggunakan…

12 hours ago

Coffee + Strawberi? Resipi Air Strawberi Latte Ini Memang Sedap Luar Biasa!

Strawberi Latte ini memang wajib dicuba oleh peminat kopi dan strawberi! Gabungan rasa kopi yang…

12 hours ago

Kenapa Roti Cepat Keras Walaupun Baru Buka? Ini Cara Simpan Yang Ramai Tak Tahu

Pernah beli sebungkus roti, baru beberapa hari buka tetapi teksturnya sudah mula keras dan tidak…

13 hours ago

Resipi Mi Bandung Mudah Cara ‘Orang Lama’, Kuahnya Pekat Sampai Licin Mangkuk!

Resipi mee bandung ini sesuai sangat dibuat ketika cuaca hujan atau bila teringin hidangan mi…

13 hours ago

Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!

Nak rebus kaki ayam tetapi tak mahu menunggu terlalu lama sehingga empuk? Rupanya ada cara…

17 hours ago