ikan bilis masak asam

Resipi ikan bilis masak asam ini cukup mudah untuk disediakan. Pasti akan menjadi rebutan dan menambah nasi kerana terlajak sedap!

Menu ini juga sesuai dijadikan pilihan ibu-ibu atau mereka yang sibuk bekerja dan mahu memasak sesuatu yang ringkas.

Rasanya yang masam dan manis pasti dapat memikat hati sesiapa sahaja. Bukan setakat orang dewasa, malah kanak-kanak juga akan menggemarinya!

Bagi memastikan ikan bilis tidak liat dan kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, mari kita ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Ameera di bawah.

Baca juga: Sambal Ketuk Ikan Bilis Yang Sedap, Pedas Dia Memang Tak Boleh Bawa Bincang

RESEPI IKAN BILIS MASAK ASAM

Bahan-bahan:

  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Air asam jawa 2 sudu
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula 1 sudu makan
  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • Ubi kentang (digoreng)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.

2. Kemudian, tuangkan air asam jawa.

ikan bilis masak asam

3. Masukkan juga garam dan gula. Kacau rata sehingga semuanya sebati.

4. Seterusnya, masukkan pula ikan bilis yang sudah digoreng sehingga garing beserta ubi kentang yang telah digoreng.

5. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

ikan bilis masak asam

Kredit resipi dan gambar: Ameera

Baca juga: Sambal Belacan Ikan Bilis Petai, Resipi Ketagih Sampai Bertambah Nasi Dibuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN