Categories: Resipi

Resipi Ikan Bilis Goreng Berlada, Dah Gaul Sambal Pun Tetap Rangup & Tak Lemau!

Resipi ikan bilis goreng berlada ini sangat ringkas tapi cukup padu rasanya. Bau sambalnya saja dah cukup membuka selera, apatah lagi bila dimakan bersama nasi panas. Memang licin pinggan dibuatnya!

Selain dimakan dengan nasi, ikan bilis goreng berlada ini juga sedap diratah begitu saja atau dijadikan bekal. Boleh tahan lama juga kalau disimpan dalam bekas kedap udara, jadi sesuai juga dibawa masa travel.

Baca juga: Resipi Ikan Kerapu Goreng Halia & Bawang Putih Rangup, Bertambah Wangi Bila Disiram Sos Kicap!

RESIPI IKAN BILIS GORENG BERLADA

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (digoreng garing terlebih dahulu)
  • Cili api secukupnya
  • Bawang putih
  • Minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
  • Garam (jika perlu)

Cara memasak:

  1. Kisar kering cili api dan bawang putih sampai lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar dengan api kecil. Biarkan sampai naik bau wangi dan kelihatan garing sedikit.
  3. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan kacau sebati. Kalau suka, boleh tambah sedikit garam mengikut cita rasa.
  4. Bila sambal dah garing cantik, tolak ke tepi kuali supaya tak cepat hangus.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata hingga sambal melekat elok pada ikan bilis.
  6. Bila semuanya sekata dan sambal dah nampak kering, boleh terus angkat dan hidang.

Sumber: Yats Yati

Baca juga: Resipi Ikan Tuna Masak Pedas, Lauk Ringkas Tapi Sedap Sampai Tambah Nasi 2 Pinggan!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

2 days ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

3 days ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

3 days ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

3 days ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

3 days ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

3 days ago