resepi ikan tuna

Kalau ada beli ikan tuna tapi tak tahu nak masak apa, jom cuba resepi ikan tuna pedas ini. Bila digandingkan dengan nasi panas, memang terangkat!

Ikan tuna antara ikan yang kaya dengan protein dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Selain dibuat kari atau sambal, versi pedas begini pun sedap sangat.

Jadi, kalau ada ikan tuna segar di rumah, anda bolehlah cuba resip ini untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam yang mengenyangkan.

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam, Lauk Simple Yang Buat Selera Naik & Senang Dimasak

RESEPI IKAN TUNA PEDAS

resepi ikan tuna

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tuna segar
  • 6 biji cili kering kerinting
  • 2 biji tomato
  • 15 biji cili api
  • 1 keping halia
  • 3 biji kemiri
  • 4 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah

Cara memasak:

  1. Cuci ikan tuna segar sehingga bersih dari segala kotoran.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tuna hingga masak, kemudian ketepikan.
  3. Kisar semua bahan lain hingga halus.
  4. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan ikan tuna yang digoreng tadi, gaul hingga semuanya sebati dan bercampur rata.
  6. Biarkan seketika sehingga rempah meresap sepenuhnya ke dalam ikan.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber resipi dan gambar: Mira Ghandara

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN