ikan bakar sambal

Kalau malas nak masak lauk berat, ikan bakar sambal versi simple ini memang penyelamat. Walaupun cara masaknya mudah dan tak rumit, hasilnya tetap menggoda! Sambalnya pekat, cukup rasa manis, masam, pedas dan berempah.

Bila balut dengan daun kunyit dan bakar pula, naik bau dia boleh buat jiran sebelah jeling. Nak bakar atas pan boleh, atas arang pun boleh. Ikut selera dan kemudahan masing-masing.

Bukan sekadar ikan bakar, kami juga ada kongsikan resipi sambal cicah power yang memang padu. Cicah dengan ikan bakar panas-panas, confirm pinggan licin. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ikan Bawal Goreng Garing, Cicah Dengan Sambal Kicap Memang Ngam!

RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL

ikan bakar sambal

Bahan-bahan ikan (untuk 4–5 ekor ikan):

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10 sudu besar sambal siap kisar (saya guna yang beli, tapi kalau kisar sendiri lagi padu!)
  • 4–5 helai daun kunyit
  • 1–2 sudu besar serbuk kari ikan (apa-apa jenama pun boleh)
  • Sedikit belacan bakar
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak (untuk menumis)

Cara Penyediaan Ikan Bakar Sambal:

  1. Potong dan kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi.
  3. Masukkan sambal siap kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak.
  4. Tambah serbuk kari ikan (1–2 sudu besar), kacau rata.
  5. Masukkan air asam jawa, kemudian belacan yang dicairkan dengan air panas.
  6. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 3 sudu besar gula (ikut rasa masing-masing).
  7. Gaul hingga sebati dan sambal pekat.
  8. Lumurkan sambal ke atas ikan dan balutkan dengan daun kunyit.
  9. Bakar atas magic grill pan atau atas bara arang untuk rasa lebih autentik!

Bahan Sambal Cicah Ikan Bakar:

  • Cili melaka (hijau)
  • Cili merah
  • Belacan bakar
  • Air asam jawa
  • Limau nipis
  • Gula
  • Garam
  • Bawang merah (hiris nipis)

Cara Penyediaan Sambal Cicah:

  1. Kisar semua cili, belacan, air asam jawa, gula dan garam hingga halus.
  2. Campurkan dengan bawang merah yang dihiris nipis.
  3. Perahkan limau nipis ke dalam sambal, kacau dan siap untuk dihidang!

Sumber: Fahmi M Salleh

Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN