Categories: Resipi

Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur

Nampak ada ikan dan asam jawa di dapur, terus terfikir nak masak lauk yang paling mudah iaitu Ikan Air Asam. Setelah buat ikut resipi ini, pasti anda puas hati nanti.

Ikan Air Asam adalah salah satu lauk ringkas yang paling ramai suka buat di rumah kerana cara memasaknya cukup mudah tanpa jalan kerja yang renyah.

Nak buat Ikan Air Asam paling sedap, anda boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Akma Abdullah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Buang Lendir Ikan Keli Dengan Cepat, Goreng Pun Tak Meletup!

RESIPI IKAN AIR ASAM

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Air asam jawa (ikut nak masam macam mana)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Cili (jika suka pedas, letak banyak)
  • Halia (tak letak pun boleh)
  • Gula (sedikit saja)
  • Garam
  • Kunyit

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ikan dulu yang sudah dilumur dengan kunyit dan garam.

2. Selepas itu, guna minyak ikan tadi dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai wangi.

3. Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

4. Seterusnya, masukkan ikan, bawang besar, cili, gula dan garam.

5. Setelah itu, perlahankan api dan tunggu bawang sudah layu, baru tutup api. Siap untuk dihidang!

Antara jenis ikan yang sesuai digunakan dalam resipi ini ialah kembung, tenggiri dan kerisi. Paling menarik, lauk ini sebenarnya boleh dimasak secara goreng ikan atau direbus dahulu.

Sesetengah orang tak suka letak gula dalam Ikan Air Asam, tapi nak seimbangkan rasa, boleh letak sedikit gula saja dalam resipi ini.

Kadangkala sibuk dengan tugas seharian tapi tetap nak buat hidangan lauk yang sedap untuk keluarga. Oleh itu, kami cadangkan anda buat saja resipi mudah ini di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Akma Abdullah

Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!

Aimi

Recent Posts

Wanita Kongsi Resipi Agar Agar Kelapa Selasih, Cantik Macam Kolam Ikan!

Setelah penat seharian di luar, mesti tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Nak lebih mudah,…

1 hour ago

Jenis-Jenis Ikan Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Gulai, No. 7 Paling Ramai Suka!

Sedapnya gulai ikan! Tapi pernah tak terfikir, kenapa ada gulai ikan yang rasanya biasa-biasa je…

2 hours ago

Tepung Bungkus Gedik, Rasa Berlemak Manis Pasti Pikat Selera!

Tepung bungkus merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kelembutan adunan tepung dengan…

5 hours ago

Bihun Singapore Mesra Budak, Untuk Dewasa Boleh ‘Add On’ Sambal Ini!

  Kadangkala, menyediakan hidangan ringkas yang disukai oleh seisi keluarga adalah momen indah yang dinikmati…

19 hours ago

Rahsia Pulut Berkilat, Cantik & Tak Lembik, Kena Guna Beras Pulut ‘Jenis Ini’

Pernah tak anda masak pulut, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan? Pulut jadi lembik, tak…

20 hours ago

21 Kegunaan Cuka Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Guna Dalam Masakan

Ramai yang menganggap cuka makan sekadar digunakan untuk masakan seperti acar atau penambah rasa dalam…

21 hours ago