Rancang buat kenduri tapi tiada idea nak buat menu apa? Jangan risau, ini idea menu untuk kenduri yang anda boleh ikuti. MyResipi akan senaraikan antara pilihan-pilihan popular di sini.
Lagi pula, memang nikmat rasanya apabila dapat menikmati pelbagai hidangan kampung. Tidak pernah bosan, tidak membuatkan kita muak, dan pastinya dapat meningkatkan selera makan.
Baca juga: Teresek Kacang Panjang Ala Lauk Kenduri Kelantan, Campur Sekali Hati & Pedal Ayam
Ketika di musim orang tengah berkahwin, kita sering menerima pelbagai jemputan untuk menghadiri majlis kenduri.
Jadi, bagi anda yang berhasrat untuk mencuba hidangan tersebut, anda boleh mencuba menyediakannya sendiri di rumah menggunakan idea-idea yang dikongsi oleh Shayien Rasid ini.
Makan hidangan kenduri yang simple seperti ini sesekali memang dapat membuka selera. Mari mencubanya!
IDEA MENU UNTUK KENDURI, ANTARA PILIHAN LAUK POPULAR
Inilah menu yang anda boleh guna. Kalau anda memang kering idea nak masak apa atau nak hidangkan apa, boleh saja ikut menu lauk kampung ini.
Makanan utama:
- Daging Masak Blackpepper
- Masak Lemak Nenas Ikan Kurau
- Sambal Tumis Udang
- Sayur Campur
Makanan sampingan:
- Ayam goreng
- Ikan Masin
- Ulam-ulaman – Daun Salad, Timun, Ulam Pegaga
- Sambal Belacan
Hidangan pencuci mulut:
- Kek Pisang
- Kek Marble
- Kuih Talam
- Puding Talam
- Aiskrim
- Buah-buahan – Tembikai, Jambu Batu + Asam, Buah Limau
- Dadih
- Teh Ais Aiskrim Vanilla
Semua lauk-lauk kampung dan sedap. Untuk lauk masak lemak itu, memang sangat sedap kalau makan dengan ikan masin. Wajib ada ikan masin dan sambal belacan dalam menu kenduri.
Budak-budak boleh makan sayur campur dan ayam goreng jika tak mahu lauk pedas.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Shayien Rasid
Baca juga: Daging Masak Hitam Ala-Ala Kenduri, Banyak Kali Panas Lagi Sedap!