nasi lemak asli pandan

Mungkin sudah ramai yang tahu cara nak masak nasi lemak kan, tapi pernahkan anda cuba nasi lemak asli pandan? 

Jom cuba resipi hasil perkongsian oleh Aisyah Humaira. Salah satu bahan yang digunakan air daun pandan yang dikisar dan ditapis.

Kata beliau, anak-anak ‘ratah’ nasi saja dah separuh pinggan. Rasa lemak, masin wangi nasi pasti dapat menambat hati keluarga.

CARA BUAT NASI LEMAK ASLI PANDAN

Bahan-bahan:

  • 3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 sudu besar minyak kelapa
  • 1 kotak kecil santan SAJI
  • 2 cubit garam
  • 4 keping hirisan halia
  • 15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja

Cara-cara penyediaannya:

1. Basuh beras sebanyak 3 kali.

2. Kemudian masukkan santan, garam, bawang, halia, minyak dan air pandan lalu kacau sehingga sebati.

3. Sukatan air seperti masak nasi biasa.

4. Siap!

nasi lemak asli pandan

Bahan kisar sambal nasi lemak:

  • 5 biji bawang besar**
  • 5 biji bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 inci halia**
  • 15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu**
  • 2 inci gula melaka
  • 1 sudu belacan
  • 5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan bertanda (**) diatas.

2. Tumis bahan kisar tadi bersama cili kisar menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan semua bahan yang berbaki serta 1 gelas air. Reneh dengan api perlahan sehingga kuah memekat dan bewarna merah gelap.

4. Siap!

nasi lemak asli pandan

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN