Categories: Resipi

Cara Buat Hati Lembu Masak Lada Hitam, Menu Lauk Pengantin Orang Dulu-Dulu

Pernah cuba masak Hati Lembu Masak Lada Hitam? Kebiasaannya, kalau kenduri kahwin orang dulu-dulu, menu ini wajib ada dalam hidangan lauk pengantin. Memang sedap dan nostalgia bila teringat balik.

Walaupun penggemar hati lembu ini tidak ramai, namun bila dimasak, teksturnya agak unik dan sedap dimakan bersama nasi. Mesti makan berulang punya!

Baca juga: Resipi Daging Masak Hitam Kenduri Style, Rasa Memang Padu & Lazat 

Nak pula dibuat lauk lada hitam, memang tak pandang dah lauk lain. Kalau ada nak buat persiapan lauk pengantin, boleh cuba guna resipi ini.

Bukan itu sahaja, hati lembu juga mempunyai khasiat untuk tubuh badan tau. Antaranya ia mengandungi kalori rendah, zat tembaga, riboflavin, dan vitamin A dan B12. 

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Juma Natull menerusi laman Facebook dan telah meraih sebanyak lebih 700 tanda suka dari warganet. Jom kita lihat cara-caranya


RESIPI HATI LEMBU MASAK LADA HITAM

Bahan-bahan:

  • Hati lembu
  • Minyak masak
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang besar – dihiris besar
  • Cili merah besar – dihiris
  • Cili padi

Bahan kisar:

  • Lada hitam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bawang besar
  • Kunyit hidup
  • Cili merah besar

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, hiris lebar hati lembu. Cuci dan kemudian gaul dengan 1 camca besar penuh tepung gandum, Gaul rata dan biar 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang dikisar tadi.

3. Masukkan hati lembu dan biar hingga mendidih.

4. Lepas itu, masukkan air asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biarkan seketika hingga pecah minyak.

5. Masukkan cili padi. Berapa tangkai cili padi boleh letak ikut citarasa masing-masing.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah besar kacau bagi sebati. Rasa dan jika dah sebati boleh matikan api. Sedia untuk dihidang.


Kalau tak ada idea nak buat hidangan lauk pengantin apa, boleh cuba menu ini. Mesti mak ayah kita akan teringat kembali nostalgia kenduri kahwin macam dulu-dulu. 

Walaupun hidangan simple, tetap boleh orang berselera nak makan. Silap hari bulan, pengantin pun makan bertambah. Hiks! Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

1 day ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

1 day ago