harga sayur

Jika sering beli sayur untuk memasak di rumah, anda perlu lebih bersiap sedia kerana harga sayur bakal naik pada bulan November dan Disember depan tahun ini.

Berita ini sangat mengejutkan seluruh Malaysia, sampaikan ramai yang tertanya-tanya tentang punca ia meningkat dan sayur apa saja yang terjejas.

Baca juga: Netizen Malaysia Mengamuk, Juara Masterchef Indonesia Komen Nasi Kandar Rasa Berpasir

SEBAB HARGA SAYUR BAKAL NAIK 3 KALI GANDA PADA BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER DEPAN

harga sayur

Malaysia kini dilanda fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang berpotensi mengakibatkan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan seluruh negara. Oleh sebab itu, harga sayur dijangka meningkat tiga kali ganda pada November dan Disember depan.

INI ANTARA SAYUR YANG MENGALAMI PENINGKATAN HARGA

harga sayur-3

Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands berkata, kebanyakan harga sayur di peringkat ladang naik 20 hingga 50 peratus dalam tempoh seminggu sejak kebelakangan ini.

“Harga sayur tomato mengalami peningkatan dari RM1.50 sekilogram kepada RM2.30 sekilogram. Antara sayuran lain yang mengalami peningkatan harga termasuk daun bawang, kailan, sawi, supak choi, timun, terung dan kacang buncis.”

-Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid (Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands)-

Terdapat lebih banyak lagi jenis sayuran lain yang meningkat harganya, jadi anda perlu peka dengan perubahan harga sayur yang sering dibeli.

Lebih-lebih lagi, harga sayuran daun dijangka akan naik lagi dan jadi mahal pada November dan Disember.

PENGELUARAN HASIL SAYURAN TERJEJAS AKIBAT PENYAKIT KULAT

Menurut beliau lagi, keadaan cuaca semasa mengakibatkan penyakit kulat merebak dengan pantas sekaligus menjejaskan pengeluaran hasil sayuran.

Tambahan lagi, sayuran berdaun yang ditanam tanpa SPH (rumah plastik) juga mengalami kerosakan susulan hujan yang begitu kuat.

“Penggunaan racun perosak adalah antara persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh. Selalunya (pada musim hujan), petani akan menggunakan racun perosak untuk elak daripada kerosakan sayuran”

-Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid (Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands)-

Namun, jangan gunakan alasan harga sayur yang mahal untuk tidak membelinya sama sekali kerana hidangan sayur sangat penting untuk memastikan keluarga anda cukup nutrisi.

Anda hanya perlu selaraskan bajet untuk beli barang dapur dengan lebih bijak. Selain itu, boleh juga belajar tentang tips menyimpan sayur yang tahan lama sebagai ilmu yang berguna.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Cara Simpan Kangkung Supaya Tak Cepat Layu, Dah Seminggu Pun Tetap Hijau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN