Categories: Informasi

Harga Mi Kuning & Kuetiau Mungkin Akan ‘Naik’ Tak Lama Lagi, Rupanya Ini Punca Utama

Harga mee kuning dan kuetiau di Malaysia dijangka akan meningkat dalam masa terdekat. Perkara ini dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Pedagang Bakeri, Biskut, Gula-Gula, Mi dan Kuey Teow Malaysia, Chaang Tuck Cheong.

Menurut beliau, antara punca utama kenaikan ini adalah konflik di Iran yang masih berlarutan hingga kini. Difahamkan, kos pembungkusan plastik untuk mi telah meningkat hampir 30 peratus sejak konflik tersebut tercetus lebih sebulan lalu, seperti dilaporkan oleh Malay Mail.

Baca juga: Tak Payah Susah Susah ‘Transfer’, Ini Jenama Beras Yang Dah Siap Dalam Pek Vacuum Mudah Simpan

Kenapa Harga Mee Kuning & Kuetiau Dijangka Naik?

Bahan utama bagi menghasilkan botol dan pembungkusan makanan iaitu polyethylene terephthalate (PET) diperbuat daripada pemprosesan minyak mentah. Apabila berlaku gangguan pada bekalan minyak, kos bahan ini turut meningkat.

Selain itu, pengilang juga berdepan isu kelewatan bekalan. Jika sebelum ini pembungkusan boleh diperoleh dalam tempoh sekitar tiga minggu selepas tempahan dibuat, kini ada yang terpaksa menunggu sehingga enam minggu.

“Dahulu, kami boleh mendapatkan bekalan pembungkusan dalam tempoh tiga minggu selepas pembelian dibuat, tetapi kini sesetengah pengilang mi terpaksa menunggu sekurang-kurangnya enam minggu.

“Segelintir pembekal juga telah memendekkan tempoh pembayaran kami daripada dua bulan sebelum ini kepada hanya satu bulan sekarang yang membawa kepada kekangan aliran tunai yang serius,” jelas beliau.

Tambah Chaang, kenaikan harga diesel sejak beberapa minggu kebelakangan ini turut meningkatkan kos pembuatan, logistik dan pengangkutan. Malah, perbelanjaan diesel dianggarkan merangkumi hampir satu pertiga daripada kos pengeluaran mi.

“Beberapa premis tradisional berskala kecil yang masih menggunakan kayu api untuk menghasilkan mi mungkin tidak menaikkan harga bagi mengekalkan daya saing mereka.

“Namun, syarikat-syarikat besar yang bergantung kepada diesel untuk pengeluaran mi tidak mempunyai pilihan (selain menaikkan harga),” kata Chaang.

Sumber: Vocket

Baca juga: Jangan Ingat Nampak ‘Okay’ Masih Boleh Makan, 18 Makanan Ini Wajib Buang Jika Dah Expired!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

2 days ago