jenama beras

Jenama beras yang ada di pasaran sekarang sebenarnya bukan saja berbeza dari segi kualiti dan jenis, tetapi juga cara pembungkusan. Ada yang datang dalam pek biasa dan ada juga yang menggunakan teknologi kedap udara atau vacuum untuk simpanan lebih tahan lama. Ini sangat membantu terutama bila kita nak buat stok beras di rumah tanpa risau cepat rosak.

Dalam keadaan sekarang, kita memang tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Bencana alam seperti banjir kilat, ribut petir dan sebagainya boleh datang secara tiba-tiba tanpa persediaan awal. Bila situasi macam ini berlaku, bekalan makanan boleh terganggu dan susah untuk keluar membeli barang dapur.

Malah, isu kekurangan bekalan makanan di peringkat global juga semakin kerap diperkatakan. Walaupun kita mungkin belum rasa kesannya secara langsung, langkah berjaga-jaga tetap penting. Salah satunya ialah dengan memastikan stok makanan asas seperti beras sentiasa mencukupi di rumah.

Baca juga: 21 Makanan Tahan Lama Yang Berguna Ketika Musim Banjir, Wajib Ada Sebelum Air ‘Naik’!

JENAMA BERAS YANG SUDAH SIAP DALAM PEK VACUUM

Tak semua orang ada masa atau rajin nak bahagikan beras kepada pek kecil-kecil dan vacuum sendiri di rumah. Proses itu memang ambil masa, perlukan peralatan, dan kadang-kadang leceh terutama bila kita dah penat dengan urusan harian.

Sebab itu, kalau ada bajet lebih, boleh pertimbangkan untuk beli beras yang memang sudah siap divacuum. Lebih mudah, tak perlu fikir banyak, terus boleh simpan sebagai stok tanpa risau tentang kutu atau beras cepat rosak. Sesuai sangat untuk yang nak cara praktikal dan cepat tanpa perlu buat semuanya sendiri.

Berikut merupakan jenama-jenama beras yang sudah di-vacuum untuk rujukan anda semua:

1. Royal Umbrella Premium Fragrant Rice

jenama beras

Sumber gambar: Facebook Royal Umbrella Rice Malaysia

2. Beras Bidara

Jenama ini terkenal sebagai beras premium yang dipasarkan oleh pemborong dan pengedar beras di Malaysia.

Untuk stok borong dan simpanan jangka panjang, pembungkusan jenis kedap udara sering digunakan untuk kekalkan kualiti beras.

3. Carnation Apple

Beberapa jenis beras dari Carnation Apple menggunakan teknik pembungkusan kedap udara.

Sumber gambar: Oyu Comby

4. Songhe Thai Wangi

Sumber gambar: Kak Dev

5. Beras Cap Rambutan Basmathi

jenama beras

Sumber gambar: Kak Dev

6. EcoBrown’s (Serba Wangi Sdn Bhd)

7. Liansin Trading (Butterfly / Mr Thai / 3A Boy / Uncle Tan)

jenama beras

Ini antara wholesaler besar di Sarawak & Malaysia Timur. Walaupun tidak semua dilabel ‘vacuum’, kebanyakan pek borong mereka guna teknik ‘airtight packaging’ untuk simpanan stok.

Baca juga: Setiap Rumah Wajib Buat! Cara ‘Pack’ Beras Untuk Kegunaan Waktu Kecemasan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN