Categories: Infomasi

‘Selagi Bernafas, Harga 50 Sen Akan Terus Kekal’ – Harga Barang Naik, Tapi Peniaga Ini Tekad Kekalkan Harga Roti Canai

“Selagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila,” itu kata peniaga roti canai Mustafa Abd Latif.

Mustafa 58, berkata, walaupun berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.

Dia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu.

Tak nafi untung sikit, tapi niat sedekah kepada arwah ibu bapa

“Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa.

“Niat saya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki,” katanya ketika ditemui di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil.

Bapa kepada empat anak itu berkata, ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos.

“Bagi saya susah bagaimana kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah.

“Sebagai peniaga, saya tersentuh apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati,” katanya.

Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran.

“Kalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi kalau tidak tiada tepung.

“Selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut,” katanya.

Mengulas lanjut, dia berkata, pihak berkaitan perlu mengambil langkah untuk menyelesaikan isu ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga malah pengguna turut terkesan apabila berlaku kenaikan harga.

Sumber: Harian Metro

Nasiha

Recent Posts

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

14 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

15 hours ago

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

16 hours ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

17 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

4 days ago