Categories: ArtikelInformasi

Nasi Goreng Selambak, Memang Kenyang Betul Kalau Makan Di Kedai Ni

Zaman-zaman sekarang ni dekat mana lagi kita nak jumpa kedai makan yang menyajikan jumlah makanan yang banyak kan? Haa tapi sebenarnya masih ada tau kedai yang menyajikan pelanggan mereka makanan dalam kuantiti yang banyak! Dan yang paling bestnya, mestilah sedap makanan mereka ni. Nak tahu dekat mana? Jom kita baca lagi artikel ini.

Sebuah akaun di Twitter @AusMeshi ada berkongsi pengalamanya makan di sebuah kedai makan di Ipoh Perak yang bernama Nasi goreng itik salai Lespettua. Apa yang specialnya di kedai makan ini adalah nasi goreng itik salai mereka dan selain itu adalah nasi goreng kerang mereka.

Nasi Goreng Selambak Memang Kenyang Betul Kalau Makan Di Kedai Ni:

” Selamber je kedai ini letak nasi selambak macam ni ‘Nasi Goreng Itik & Nasi Goreng Kerang’ ”

Tidak semua orang sebenarnya dapat memasak itik salai dengan sempurna, tetapi kedai ini mampu menunjukkan kepada pelangganya bahawa mereka sangat mahir dalam memasak itik salai!

” Banyak kedai aku makan, itik mesti tak pandai masak (liat). Tapi yang ini lembut je bila gigit ”

Selain daripada keistimewaan mereka iaitu itik salai, nasi goreng kerang mereka juga mendapat pujian dari orang ramai kerana rasanya yang sedap dan isi kerang yang sangat padat. Memang tak rugilah kalau anda makan di sini.

” Paling aku puji Nasi Goreng Kerang deme. Aku korek je nasi ada kerang. Korek je nasi ada kerang. Berapa banyak dia taruh entah lah ”

Selain itu, pemilik akaun Twitter ini juga ada berkongsi beberapa tips untuk anda makan di sini.

” Sikit tips bila makan sini, minta sambal lebih. Nasi dia kena gaul dengan sambal baru sedap! Tahap pedas sambal? Pedas lah juga tapi masih boleh dinikmati ”

” Kedai ini di Botani, Ipoh. Waze sahaja Lespettua ”

Kepada anda yang memang sukakan itik salai, anda jangan lepaskan peluang ini untuk cuba makan di kedai makan ini tau.

Alamat: 12 A, Lebuh Lapangan Siber 2, Taman Cyber, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Beroperasi: Selasa – Ahad ( 4 PM – 10 PM )

Sumber: @AusMeshi 

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

4 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

4 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

5 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

7 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

8 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

8 hours ago