Bulan puasa selalunya kita nak makanan yang senang dan mudah di masak sahaja untuk berbuka, janji perut kenyang. Kalau korang nak makan makanan yang sedap tapi menggunakan beberapa bahan sahaja, boleh cuba resepi ayam reneh kicap ini ala masakan kaum Cina. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
30 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bulan puasa selalunya kita nak makanan yang senang dan mudah di masak sahaja untuk berbuka, janji perut kenyang. Kalau korang nak makan makanan yang sedap tapi menggunakan beberapa bahan sahaja, boleh cuba resepi ayam reneh kicap ini ala masakan kaum Cina. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
½ ekor ayam
6 ulas bawang putih
2-3 tangkai daun bawang
3 inci halia
10 tangkai cendawan shitake
2-3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu minyak bijan
Garam secukup rasa
Kredit : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Goreng ayam sehingga lemaknya cair, dan luaran dia perang.
Kemudian, masukkan bawang putih cincang, halia hiris, dan daun bawang.
Letak sos tiram. Masukkan semangkuk air dan kemudian masukkan kicap manis.
Masukkan cendawan shitake, tutup periuk dan reneh selama 20-30 minit. Periksa sekali sekala jika air kering, tambahkan air lagi.
Selepas itu, masukkan bunga lawang, cili kering, dan lada hitam.
Pekatkan dengan bancuhan air tepung jagung, titiskan minyak bijan. Tutup api dan sedia dihidang.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…