Categories: Tips & Petua

Hanya Guna Asam Keping, Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak

Sotong merupakan antara makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi bila ke pasar, geram tengok sotong yang segar dan besar. Tapi paling bila dimasak, sotong jadi kecut dan mengecil.

Rupanya ada petua mudah untuk elak sotong kecut dan tak berbau hanyir bila dimasak. Saiz sotong pun kekal tak berubah selepas dimasak.

Petua ini dikongsikan oleh Zin Rose di laman sosial Facebook. Selepas ini boleh ikut cara ini sebelum mula masak. Semoga bermanfaat!

Petua Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak

Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya senang nanti badan tak ke lain, kepala ke lain.

Rebus sotong selama 5 hingga 8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping, hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak la bila beli sotong besar, bila masak jadi kecil.

Cara-caranya:

1. Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Letakkan 4 atau 5 asam keping.

2. Rebuskan selama 5 hingga 8 minit. Tutup api.

3. Kemudian toskan dan boleh dimasak. Hasilnya sotong tak hanyir, saiz maintain tak mengecut bila dimasak. Dan paling penting, sotong melekat elok pada badan sotong.

Kredit: Zin Rose

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

3 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

3 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

3 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

3 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

4 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

5 hours ago