guna robot masak nasi

Baru-baru ini viral di media sosial Indonesia tentang seorang penjual nasi goreng yang menggunakan alat seakan robot untuk memasak menu di gerainya.

Sebenarnya peniaga yang dikenali sebagai Dastardi ini merupakan golongan kelainan upaya.

Namun, kekurangan itu tidak menghalangnya untuk menyediakan nasi goreng yang lazat dan digemari pelanggannya.

Kekurangan bukan halangan

Bagi mengatasi kekurangan itu, Dastardi menghasilkan sejenis mesin yang berfungsi sebagai ‘tangan’ untuk membantunya menggoreng nasi.

Menurut Tribunnews, penjual itu mula mendapat perhatian netizen setelah videonya memasak menggunakan alatan tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai revan.z22.

Dartadi merupakan pemilik sebuah gerai di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Alat yang digunakan olehnya pula difahamkan telah diperbuat daripada sejenis logam yang tidak berkarat.

Alat tersebut akan membantunya mengacau rempah ketika memasak nasi goreng kerana tangan kiri penjual itu sukar digerakkan akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Apa yang lebih mengagumkan, alat itu telah dibuat sendiri oleh Dartadi. Pemilik video pula berkongsi dengan Tribunnews bahawa dia sering membeli nasi goreng di gerai itu.

Menurut pelanggan di situ juga, rasa nasi goreng itu tak ada bezanya dengan yang dimasak dengan tangan sebab memang sedap.

Rata-rata netizen juga memuji usaha peniaga makanan itu yang tidak menjadikannya kekurangannya sebagai halangan untuk bekerja seperti orang lain.

Lihat video penuh:

Kredit: TikTok @revan.z22

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN