Categories: Resipi

Guna 5 Bahan Je Nak Buat ‘Ayam Teriyaki’, Lauk Paling Cepat Siap!

Pasti ramai ibu-ibu yang dah biasa bangun awal pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah ataupun bekal ke pejabat. Kalau dah ketandusan idea nak masak menu apa, boleh cuba masak ayam teriyaki ni pula.

Resipi perkongsian oleh Siti Hazneza ini merupakan makanan yang berasal daripada Jepun. Cara penyediaannya bukan sahaja cepat dan mudah, rasa dia juga sangat sedap!

Kalau ada yang nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM TERIYAKI JEPUN

Bahan-bahan sos teriyaki:

  • Halia kisar 2 sudu makan
  • Madu 2 sudu makan (boleh guna gula perang jika mahu)
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu makan kicap lemak manis (jika guna kicap pekat hitam cukup 2 sudu)
  • Garam secukup rasa (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Ambil ayam setengah ekor, gunting jadi sepuluh ketul comel-comel supaya cepat masak dan masak sekata.
  2. Satukan semua bahan-bahan sos teriyaki dan gaul sebati. Lumur pada ayam.

  3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan ayam dengan perapan, tambah cendawan dan bawang Holand jika mahu. Tutup periuk dan biarkan sampai masak atas api sederhana.

  4. Siap. Jika mahu kuah lebih pekat, boleh tambah bancuhan air dan tepung jagung.

  5. Boleh buat bekal bekal untuk anak atau ke tempat kerja.

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai

Nasiha

Recent Posts

Sambal Tauhu Tempe Berlada, Ini Memang Menu Bikin Tambah Nasi!

Semua orang suka makan pedas, kan? Jadi kali ini, kami kongsikan resepi sambal tauhu tempe…

3 mins ago

Tips Cairkan Santan Beku Dari Peti Ais, Teknik Ini Dijamin Santan Jadi Cair Elok!

Jika pernah hadapi masalah santan berketul sewaktu masak, maknanya anda perlu gunakan tips cairkan santan…

48 mins ago

Buat Sendiri Sate Ayam Homemade, Puas Hati Boleh Dapat Banyak Cucuk!

Jom belajar resepi sate ayam ini di rumah. Kalau buat sendiri dijamin lebih puas hati!…

1 hour ago

Resipi Ayam Masak Lemak Tumis Halba, Setiap Suapan Buat Terpejam Mata!

Resipi ayam masak lemak tumis halba ini rasa dia memang lain dari lain! Kuahnya lemak-lemak…

1 hour ago

Cara Buat Cucur Jagung Manis, Guna Resipi Ini Confirm Bertambah Sedap & Rangup

Makan cucur jagung manis pada waktu petang memang sedap! Apatah lagi jika menggunakan jagung yang…

2 hours ago

6 Kedai Teh Estetik Yang Wajib Dicuba, Penggemar Teh Ini Port Lepak Untuk Anda!

Orang kita memang pantang nampak sesuatu yang tengah viral atau apa saja yang trending. Dari…

4 hours ago