Resipi ayam masak lemak tumis halba ini rasa dia memang lain dari lain! Kuahnya lemak-lemak santan dengan aroma halba yang wangi memang buat selera bertambah.
Rasa kunyit dan serai bagi sentuhan rempah yang halus, manakala asam keping pula seimbangkan lemak santan dengan sedikit rasa masam.
Kalau kuah tu cukup pekat dan ayamnya empuk, setiap suapan memang sampai terpejam mata. Nak lagi sedap, makan dengan nasi panas-panas, tambah cencalok atau ikan masin confirm tak cukup sepinggan!
Jom baca resipi penuh di bawah.
Baca lagi: Mama Neelofa Kongsi Resipi Kerabu Ikan Bilis Masam Manis, Sedapnya…!
Bahan-Bahan (Untuk Setengah Ekor Ayam):
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis halba sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang tumbuk, serai, dan serbuk kunyit. Tumis sehingga bahan menjadi wangi dan sedikit garing.
3. Masukkan ayam ke dalam tumisan dan perlahankan api. Biarkan ayam mengeluarkan airnya sendiri.
4. Setelah air ayam keluar, masukkan sedikit air tambahan dan kentang. Biarkan ayam separuh masak.
5. Tuangkan santan pekat dan kacau rata. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
6. Didihkan kuah perlahan-lahan sehingga ayam dan kentang masak sempurna. Pastikan kuah tidak terlalu cair, tetapi masih berkrim.
7. Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi panas. Lagi enak kalau ditambah cencaluk atau ikan masin!
Selamat mencuba!
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Bau Yang Memikat Buat Ramai Terliur!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…