gulai tempoyak

Selalunya masak gulai tempoyak guna ikan patin, kali ini kita ganti guna ikan kembung. Sedap juga rupanya. Malah, ikan kembung senang didapati dan harganya pun lebih murah.

Rasa lemak, masam dan pedas tempoyak memang buat kita makan bertambah. Resipi ini sesuai untuk yang nak cuba sesuatu yang lain tapi masih nak rasa asli gulai tempoyak.

Baca juga: Rahsia Buat Ikan Rebus Asam Picit Yang ‘Padu’, Lauk Kampung Yang Bikin Kecur Air Liur!

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

gulai tempoyak

Bahan-bahan kisar:

  • 6 tangkai cili api
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang kecik/rose
  • 1 ½ senduk tempoyak dan sedikit air

Bahan-bahan lain:

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar semua bahan kisar sehingga semuanya hancur sebati.
  2. Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam periuk.
  3. Tambahkan juga air mengikut kuantiti yang dimahukan.
  4. Selepas itu, masukkan serai dan asam keping.
  5. Kemudian, masak sampai kuah menggelegak.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Seterusnya, masukkan daun kesum dan ikan.
  8. Biarkan sekejap sampai ikan masak sepenuhnya.
  9. Jika ikan sudah masak, baru masukkan timun. Kalau tak suka, tak perlu letak.
  10. Bila timun agak-agak sudah lembut, boleh tutup api.
  11. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Masak Asam Ikan Talang, Satu Lauk Ini Pun Dah Boleh Buat Makan Berselera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN