masak asam ikan

Masak asam ikan talang masin adalah hidangan yang sangat mudah disediakan. Resipi ini menggabungkan ikan masin talang yang digoreng garing dengan kuah asam jawa yang menyegarkan.

Resipi ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Dengan beberapa langkah ringkas, anda boleh menikmati hidangan yang sedap dan memuaskan. Mari kita lihat cara penyediaannya!

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Bakar Cicah Dengan Air Asam, Memang Sedap Menyengat!

RESEPI MASAK ASAM IKAN TALANG

masak asam ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan talang masin (dipotong kecil)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 20 biji cili padi
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

  1. Mula-mula, rendam ikan talang yang telah dipotong kecil sekejap untuk kurangkan rasa masinnya.
  2. Cuci bersih dan goreng sekejap dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih dalam minyak lebihan goreng ikan tadi hingga garing.
  4. Masukkan air asam jawa, cili padi dan ikan talang yang telah digoreng.
  5. Tak perlu tambah garam kerana ikan sudah cukup masin.
  6. Biarkan mendidih seketika, cukup sekadar kuah mereneh dan semua bahan sebati. Siap untuk dihidang bersama nasi panas!

Sumber resipi dan gambar: Cahaya Indah

Baca juga: Rahsia Ikan Goreng Cili Sedap Lain Macam, Rasa Pedas Beraroma Pasti Memikat Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN