Categories: Resipi

Gulai Sardin, Begini Cara Masukkan Mangga Untuk Kuah Rasa ‘Lejen’

Buat anda yang nak masak lauk untuk tengah hari tapi tiada idea, apa kata hari ini buat Gulai Sardin yang paling mudah tapi sedap menyengat?

Ramai suka gunakan sardin tin sebagai hidangan tengah hari atau malam kerana ia sangat mudah dan boleh dimasak dengan apa saja yang disukai.

Gulai Sardin cukup popular di kampung dan boleh dikatakan lauk orang dulu-dulu. Gabungan sardin dan pedasnya itu memang cukup kena dengan citarasa.

Selalu buat hidangan berasaskan ayam saja, hari ini anda boleh tukar selera dengan membuat Gulai Sardin seperti yang dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin di Facebook ini.

Baca juga: Sambal Sardin Cili Api Campur Petai Dan Kentang, Memang Tak Mampu Nak Tolak Makan Ini!

RESIPI GULAI SARDIN

Bahan-bahan:

  • Sardin 1 tin besar (saya guna King Cup sebab cap ayam ada mackerel saja)
  • Cili padi (ikutlah nak pedas atau tak)
  • Kunyit hidup (secukupnya)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air 1
  • Mangga muda
  • 1 biji bawang besar (dimayang kasar)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.

2. Cincang mangga muda dan rendam dalam air garam untuk kurangkan masam. Kemudian cuci bersih dan toskan.

3. Masukkan bahan tumbuk dengan secawan air ke dalam periuk dan masakkan atas api.

4. Masukkan bawang besar dan biarkan mendidih, kemudian masukkan sardin dengan kuahnya sekali.

5. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa, kemudian biarkan mendidih.

6. Masukkan mangga muda, kacau-kacau kuah gulai sedikit dan terus tutup api. Siap untuk dihidang!

Jika belum pernah makan Gulai Sardin sebelum ini, kami cadangkan anda mencubanya sekali. Silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya nanti.

Selain dijadikan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi panas, Gulai Sardin ini cukup enak dimakan bersama cekodok, lempeng dan roti.

Selamat mencuba!

Sumber: Uwan Nolly Epin

Baca juga: Sedap Rupanya Kari Ikan Sardin, Ini Cara Masak Paling Simple Tanpa Guna Santan

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

4 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

5 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

6 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

7 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

10 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

10 hours ago