Salad kentang satu juadah yang sangat senang dibuat dan sesuai untuk dimakan bila-bila masa. Nak lagi best makan waktu sejuk-sejuk, umph memang sedap!
Rasa dressing kentang yang berlemak krim memang boleh kirim salam kepada yang namanya diet!
Anda wajib cuba resipi ini oleh Cik Puan Suhasnida Ismail melalui laman sosial Facebook kerana cara membuatnya yang mudah kurang dari 30 minit,
Baca juga: Wanita Johor Ini Kongsi Resepi Laksa Johor Original, Hasil Kuah Menjadi!
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Cuci kentang dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk tetapi jangan sampai lunyai.
2. Kupas kulit kentang sebelum merebus jika mahu memudahkan kerja kemudian. Toskan kentang dan ketepikan.
3. Cincang semua sayur-sayuran (bawang merah, parsley, seleri, lobak merah, dan daun bawang) dan letakkan dalam satu bekas.
4. Jika tiada lobak merah atau mana-mana sayuran lain, boleh abaikan. Sesuaikan sayuran mengikut selera anda.
5. Dalam satu bekas lain, campurkan mayonis, keju krim, yogurt (atau jus lemon jika tiada yogurt), garam, dan gula. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan sayur-sayuran yang telah dicincang, telur rebus, dan kentang rebus. Kacau hingga semua bahan sebati.
7. Jika mahu, boleh tambahkan lada hitam atau jalapeno jeruk mengikut selera. Jika tiada yogurt, tambahkan sedikit lagi mayonis. Sesuaikan mengikut selera anda.
8. Salad kentang sedia untuk dihidangkan. Lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.
Sumber: Suhasnida Ismail
Baca juga: Kek Mentega Lembut Dan Gebu, Bila Makan Terasa Cukup Klasik
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…