Orang lama dulu-dulu pasti tidak asing lagi dengan masakan gulai lemak pisang, berbeza dengan golongan muda mudi pada zaman sekarang. Bukan saja tidak pernah memasaknya, malah ada yang tidak pernah memakannya sama sekali.
Kuahnya yang pedas memang cukup sedap dan menyelerakan. Malah, tidak lengkap rasanya jika tidak digandingkan dengan ikan masin goreng dan sambal belacan.
Jika ada yang mahu mencuba dan tertanya-tanya bagaimana rasa gulai lemak pesang ini, apa kata mari kita cuba memasaknya nanti dengan menggunakan reipi hasil perkongsian oleh Puan Nazura Zainal Abidin di bawah.
Baca juga: Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Lauk Kampung Yang Nikmat Tak Terkata!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Siat kulit pisang mudah, belah dan rebuskan seketika. Tos dan ketepikan.
2. Kisar cili padi, cili merah dan kunyit sehingga hslus. Kemudian tuangkan ke dalam periuk beserta udang kering, hirisan bawang merah, daun kunyit, serai, asam keping dan juga santan.
3. Kacau rata sehingga semua bahan bercampur sebati dengan santan.
4. Kemudian, masukkan pisang yang sudah direbus tadi.
5. Masak sehingga sempurna dan jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nazura Zainal Abidin
Baca juga: Cara Masak Sayur Pedas Petola, Tinggal Rebus Je Semua Bahan Tanpa Guna Minyak!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…