Sambal Bilis Hancur umumnya dibuat daripada ikan bilis, kemudian digoreng hingga garing. Selepas itu, ikan bilis digaul dengan ibu sambal yang diperbuat daripada cili, bawang merah, bawang putih dan rempah ratus yang lain.
Hidangan ini biasanya dimakan sebagai ulam atau tambahan kepada nasi atau makanan lain. Ia pedas, berperisa dan sedikit manis, yang menjadikannya sempurna untuk menambah rasa pada hidangan utama.
Baca juga: 3 Jenis Sambal Belacan Perak Yang Boleh Dicuba, Memang Kegilaan Ramai!
Ada hari-hari tertentu, sebagai isteri dan ibu pastinya kita dah tak ada idea untuk masak. Kali ini apa kata cuba buat sambal bilis hancur.
Resepi olahan Cik Puan Ziela Mazlan ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Ada pula telur dadar memang ngam dan bertambah makan dibuatnya.
Kalau tak ikan bilis crispy, encik suami akan request sambal bilis hancur ini untuk dia bawak bekal ke tempat kerja.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk ke semua bahan di atas.
2. Panaskan minyak, goreng bahan-bahan yang sudah di tumbuk tadi (saya tak tumbuk, guna chopper je mudah)
3. Masak dengan api sederhana, sampai kering air. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (optional, saya tak letak)
4. Kacau lagi smpai sambal kering.
5. Siap. Sedap di makan bersama dengan telur dadar.
P/S: Kalau ada tomato lagi sedap, masuk sekali dalam mesin chooper itu. Nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Ziela Mazlan
Baca juga: Sambal Balado TANPA Belacan, Hari-Hari Boleh Makan!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…