Jika di Utara, ikan kembung ini dikenali sebagai ikan temenung. Memang sedap dibuat lauk Gulai Ikan Temenung. Campur pula bersama sambal kicap, memang kecur air liur dibuatnya.
Aroma gulainya yang pekat dan berlemak santan, membuatkan kita yang membaunya susah nak tolak lauk ini bila ada di depan mata.
Baca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan
Walaupun ikan temenung ini kecil dari ikan biasa, tapi ada cara masaknya supaya ikan tak hancur dan cantik dalam kuah. Ikan ini pun sedap rasa isinya. Manis-manis isi ikannya.
Resipi lauk ini dikongsikan oleh Cik Puan Jaja Emyzar melalui Facebook. Mudah nak sediakan bahan-bahannya. Tak perlu biji-biji rempah yang pelbagai. Serbuk kari ikan pun dah memadai.
Bahan A: Hiris
Bahan B:
*satu kan bancuh dengan air*
Bahan C:
Cara-cara memasak:
1. Tumis bahan A sampai kekuningan.
2. Masukkan bahan B masak sampai pecah minyak. Saya guna api yang perlahan, jadi lambat sedikit.
3. Bila dah pecah minyak masukkan bahan C. Masak lagi biar ia betul-betul mendidih baru masukkan ikan.
4. Masa ini biarkan mendidih lagi sekali kemudian baru masukkan garam.
5. Akhir sekali, boleh masukkan cili hijau + merah + tomato. Tutup api.
6. Sedia untuk dihidang dalam pinggan lauk.
Selamat mencuba resipi Gulai Ikan Temenung style ‘utagha’ ini.
Baca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!
Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resepi ikan cencaru bakar dengan air asam yang pasti sedap…
Bagi menghasilkan cucur yang gebu, ramai yang gunakan bahan seperti yis atau serbuk penaik. Tapi…
Sering nampak peniaga jual air jagung yang sedap di bazar Ramadan, sampai teringin buat sendiri.…
Resepi taugeh goreng adalah hidangan yang sangat mudah disediakan, tetapi tetap sedap dan menyihatkan. Menu…
Sepanjang bulan Ramadan, ramai yang mengagihkan bubur lambuk sebagai sedekah. Jadi, resepi Bubur Lambuk simple…
Semenjak bulan Ramadan ini, ramai mencari resipi kuih-muih yang lazat belaka. Oleh itu, kami nak…