Categories: Resipi

Gulai Daging Tetel Stail Mori Said Kitchen, Sukatan Untuk 1KG Daging

Sedapnya gulai daging tetel ini. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Bagi yang buntu nak masak lauk berbuka apa hari ini, apa kata anda cuba yang sangat menyelerakan ini.

Boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Mori Said Kitchen ini. Selamat mencuba!

Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama

RESIPI GULAI DAGING TETEL

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 30 biji cili padi hijau (kalau campur merah, kurangkan sedikit hijau)

Cara-cara memasak:

1. Rebuskan daging tetel sehingga empuk. Dalam resipi Mori Said Kitchen, beliau rebuskan daging menggunakan pressure cooker untuk jimatkan masa. Ketepikan.

2. Sediakan bahan-bahan kisar. Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga halus.

3. Dalam periuk, panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Tambahkan 2 sudu besar cili kisar dan serai yang sudah diketuk. Gaul sebati.

5. Tambahkan sedikit air untuk masakkany sehingga sebati.

6. Bila bahan-bahan tadi sudah masak, boleh masukkan daging tetel yang siap direbus tadi.

7. Masukkan juga santan dan asam keping. Kacau hingga semuanya dan biarkan ia mendidih sebentar.

8. Tambahkan daun limau purut dan daun kunyit untuk naikkan lagi aromanya. Boleh perasakan lauk dengan garam secukup rasa.

9. Sudah siap dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@morisaidkitchen

1 kilo daging tetel di rebus sehingga betul2 lembut. Mori gunakan PC jer… sbb nk cepat. Sediakan bahan kisar 1 biji bawang besar (size besar, kalau size kecil, guna 2 biji) 1 labu bawang putih 2 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 inci belacan 30 biji cili padi hijau (kalau campur yang merah kurang kan sikit yang hijau) (kisar sehingga halus) 1 sudu makan cili kering kisar (untuk cantik kan lagi kuah) 1 kotak kecil santan 2 batang serai diketuk 2 asam keping 3 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit Garam Perasa #morisaidkitchen #gulaidagingtetel #gastreaux foodie

♬ original sound – Mori Said Kitchen – Mori Said Kitchen

Selamat mencuba!

Baca juga: Daging Goreng Ketumbar Cara SIMPLE, Tinggal Perap Dan Terus Goreng!

Sumber: TikTok Mori Said Kitchen

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

16 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

16 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

16 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

17 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

18 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

18 hours ago