Siapa pernah makan Golden Egg Ball di Sushi King, cuba angkat tangan. Hidangan ini memang sedap dan kami ada resipinya untuk anda cuba buat di rumah.
Golden Egg Ball merupakan gabungan telur rebus yang digoreng rangup dengan topping berkrim, berintikan pula filamen ketam yang lembut membuatkan ramai menyukainya terutama kanak-kanak.
Jom cuba buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Nur Masri di Facebook ini. Tekstur rangup di luar dan lembut di dalam, memang layan habis.
Baca juga: Udang Sotong Masak Paprik Ala Kedai Tomyam, Kuah Pekat Sampai Hirup Licin Tak Tinggal Setitik!
Bahan-bahan golden egg ball:
Cara-cara membuat golden egg ball:
1. Didihkan air dan rebus telur ayam sampai masak.
2. Apabila telur telah sejuk, kupaskan kulitnya.
3. Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul rata.
4. Salutkan pula dengan tepung, golek-golekkan di dalam bekas sampai rata. Ulang 3 kali proses penepungan.
5. Celupkan semula dengan telur.
6. Golek-golekkan sampai salutan menjadi rata dengan serbuk roti. Buat sampai habis.
7. Panaskan minyak dan gorengkan sampai kuning keemasan, kemudian angkat dan ketepikan.
8. Biarkan sejuk dan dipotong dua bahagian di tengah-tengahnya.
Bahan-bahan topping:
Cara-cara membuat topping:
1. Panaskan air sampai mendidih.
2. Celur filamen ketam sebentar, angkat dan toskan.
3. Hiris memanjang dan potong dadu filamen ketam.
4. Campurkan dengan mayonis, lada sulah, serbuk perasa, chili flakes, perahan lemon dan gaul rata.
5. Letak campuran filamen ketam di bahagian atas telur.
6. Titiskan dengan sos cheese dan taburkan serbuk parsley.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Kenduri, Jimat, Sedap & Confirm Laku Keras!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…