
Setiap kali tiba bulan Ramadan, mesti ramai yang ternanti-nanti resipi Khairul Aming. Setiap video yang dikongsikan pasti trending, malah ada yang siap buat challenge cuba masak.
Namun, dalam keterujaan mencuba resipi, ada juga netizen yang berdepan ‘drama dapur’. Ada yang puding ‘hilang’ bila dikukus, ada yang bekas jadi berlubang, malah ada yang tersalah sukatan walaupun dah ikut betul-betul.
Berikut kami kongsikan kompilasi gelagat netizen yang mencuba resipi Khairul Aming, tapi hasilnya tak seperti yang dijangka. Walaupun tak menjadi, semangat dan keberanian mereka memang wajar dipuji!
Baca juga: Cara Buat Kopi Santan Vietnam Resipi Khairul Aming, Di Restoran Rembayung Pun Ada Jual!
Netizen Cuba Resipi Khairul Aming, Tapi Lain Pula Jaidnya!
Antara video yang mencuri perhatian ialah bila ada netizen cuba resipi S’mores Dip. Tetapi hasilnya bertukar jadi ‘tragedi’.
Dalam video ini, bekas berisi coklat dan marshmallow dimasukkan ke dalam microwave. Namun bukannya menjadi cair cantik, tetapi marshmallow mengembang luar biasa sebelum ‘meletup’ dan bersepah dalam microwave.
@justonedidi ia berlaku dengan sangat pantas😭 #khairulaming #30hari30resepi #smores
♬ Kepada khairul aming saya buat taktahu jadi ke tak – missmie.co
Puding Karamel ‘Core’, Ramai Yang Gagal Buat
Ada juga video gelagat netizen yang cuba resipi puding karamel tapi hasilnya buat semua mengekek! Bila tengah mengukus, tiba-tiba puding ‘hilang’ entah ke mana!
Dalam video ini, bekas puding kelihatan hampir kosong. Cuma tinggal sedikit sisa puding dan gula karamel di dasar loyang.
Netizen pun cuma mampu gelak melihat hasilnya, sebab jauh berbeza dengan puding cantik dan gebu dalam video asal.
@mayakarenn_ tak tauu apaa dosaaa kitorang @Khairulaming #khairulaming #pudingkaramel #fyp #foryoupage
Tak cukup dengan ini, ada juga video netizen yang cuba resipi puding karamel, tapi lain pula kejadiaannya apabila puding menjadi nipis setipis iman.
Khairul Aming pun sempat komen, “Kesabaran saya senipis puding awak!”
@chaaaaaaaaaa.__1 jangan risau masih boleh dimakan dengan selamat🥰@khairulaming #fyp #khairulaming #pudingcaramel #jadi #fyppppppppppppppppppppppp
Dalam satu lagi video gelagat netizen yang mencuba resipi puding karamel, selepas letak gula karamel ke dalam bekas, puding tiba-tiba berlubang. Aduhai, macam-macam!
@jaja_azliza Masak ape tak jadi harini ? Hahahahah @Khairulaming
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Baca juga: Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming, Nampak Menyelerakan Betul!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














