Baru-baru ini, orang ramai dikejutkan dengan berita kematian founder Famous Amos, Wally Amos yang meninggal dunia pada hari Selasa, 13 Ogos 2024.
Famous Amos terkenal sebagai syarikat biskut coklat yang lazat dan ramai peminat biskut di serata dunia yang cukup menggemarinya.
Baca juga: Jangan Tertipu Kedai No Pork, Chef Ini Dedah Sisi GELAP Dunia Masakan
Founder asal Famous Amos, Wally Amos meninggal dunia di usia 88 tahun dan menurut kenyataan yang ditandatangani oleh anak-anaknya, punca kematian adalah disebabkan komplikasi demensia.
“Dia adalah wira asli Amerika Kulit Hitam yang sebenar.”
“Dengan topi Panama, kazoo (sejenis alat muzik), dan keyakinan yang tidak terbatas, Famous Amos adalah kisah kejayaan Amerika Syarikat (AS) yang hebat.”
“Ini sumber kebanggaan orang kulit hitam,”
-Sarah, Michael, Gregory dan Shawn Amos-
Menurut laman web rasmi Famous Amos, Amos mula membuka kedai pada 1975 di Sunset Boulevard di Los Angeles dengan menjual biskut coklat bersaiz kecil yang menjadi fenomena baharu ketika itu.
Kedai itu yang menjual biskut dihasilkan daripada resipi keluarganya telah menarik perhatian golongan selebriti dan pemuzik Hollywood.
“Saya mula membuat biskut hanya untuk mencari rezeki dan gembira melakukan apa yang saya lakukan. Saya sangat komited (tentang kuki),”
-Wally Amos, wawancara dengan Detroit Black Journal pada 1991-
Bermula dari situ, founder Famous Amos ini mencipta empayar biskut sehingga ramai menyukai biskut coklat yang dijual di semua cawangan Famous Amos.
Amos juga seorang tokoh dalam budaya pop AS, terkenal sebagai cameo dalam sitkom ‘The Office’, ‘The Jeffersons’ dan ‘Taxi’.
Amos menjual jenama biskutnya kepada sebuah syarikat persendirian pada tahun 1988 selepas bertahun-tahun bergelut dengan masalah kewangan.
Founder Famous Amos ini dilahirkan pada 1 Julai 1936 di Tallahassee, Florida. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Honolulu, Hawaii.
Sumber: Berita Harian
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…