Resipi hari ini sangat istimewa kerana jarang kami kongsikan iaitu thairu vadai. Thairu yang bermaksud yogurt ini merupakan juadah utama masyarakat India.
Jadi, apa lagi? Anda wajib cuba resipi thairu vadai ini kerana rasanya yang berlemak yogurt dan rasa rempah dari vadai merupakan satu gabungan yang sangat lengkap.
Bak kata orang, belum cuba belum tahu!
Jom kita baca perkongsian oleh Cik Puan Anna Julia menerusi laman sosial Facebook. Disamping itu, beliau juga membuat vadai secara tradisional iaitu dengan urad dhal atau ulunthu saja dan tiada campuran tepung dan baking soda
Baca juga: Ayam Goreng Pandan Simple Dengan 3 Langkah, Siap Aroma Harum Semerbak!
Bahan-bahan vadai:
Cara penyediaan vadai:
1. Kisar urad dhal tanpa air, hanya renjiskan sedikit air sejuk jika perlu.
2. Campur semua bahan dan goreng hingga keemasan.
3. Rendam vadai dalam air suam selama 2-3 minit, kemudian perah perlahan-lahan.
Penyediaan thairu/yogurt:
1. Campur yogurt dengan gula, garam, dan serbuk jintan putih.
2. Tumis cili kering, biji sawi, jintan putih, daun kari, dan asafoetida, lalu masukkan ke dalam yogurt.
3. Rendam vadai dalam yogurt dan tambah hirisan daun ketumbar atau lobak merah.
Tip:
Lebih lama direndam, lebih sedap. Selamat mencuba!
Sumber: Anna Julia
Baca juga: Resipi Sup Sayur Telur Dengan Suun ‘Berlambak’, Nampak Sempoi Tapi Punyalah Sedap
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…