Fettuccine Carbonara Ikut Tekak Melayu, Resipi Ini Raih 6.1K Shares!
Kalau sebut nak makan pasta, biasa makan spaghetti sahaja. tak pernah cuba yang lain. Tapi sesekali boleh cuba buat resipi Fettucine Carbonara ini.
Memang makan bertambahlah dibuatnya!
Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul
Boleh je nak gunakan spaghetti kalau dah biasa makan spaghetti sahaja. Cuma nak merasa pasta yang lain tu waktu ini lah kan. Ada juga pasta jenis spiral, macaroni dan pelbagai lagi yang boleh kita cuba.
Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Qasih Jue Aisya ini. Katanya beliau tak menggunakan sos carbonara instant. Jom tengok cara-cara beliau!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Rebus fettucine sehingga lembut. Kemudian tos dan ketepikan.
2. Kemudian, untuk ayam pula, potong kecil kemudian salut dengan tepung bestari. Masa nak goreng celup semula dalam tepung bestari baru.
3. Goreng hingga ayam agak-agak keemasan. Angkat dan toskan.
4. Untuk kuah carbonara pula, masukkan 4 sudu besar butter,tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu. Kemudian, masukkan cili merah, cili hijau dan cendawan butang.
5. Bila bawang, cendawan cili semua dah layu, masukkan susu cair dan susu full cream. Letak juga serbuk lada hitam, oregano ,cili flakes, telur kuning, secubit garam, cheese, 1 ketul pati kiub ayam dan bancuhan tepung gandum.
6. Kacau sehingga sebati. Jika kuah pekat tambah air sedikit demi sedikit. Tambah sedikit jus limau nipis dalam 1 sdb, untuk potong rasa lemak susu.
7. Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.
8. Sedia untuk dicampurkan dengan fettucine dan hias cili flakes di atas. Siap!
Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…