Risaunya jika setiap kali ajak anak makan, liatnya bukan main lagi. Apa kata mak-mak cuba tarik selera mereka dengan Egg Muffins & Cheese yang sangat enak ini?
Mak-mak pasti stres memikirkan anak yang tetap tak nak makan, walaupun dah masak pelbagai hidangan yang sedap.
Paling sedih bila sikit pun anak tak nak jamah. Mereka akan mula geleng kepala atau tutup mulutnya apabila anda cuba suap makanan.
Biasanya masalah ini terjadi kepada anak yang terlalu asyik seronok bermain. Mereka rasa bermain itu lebih bahagia daripada makan.
Kami cadangkan untuk mak-mak cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Seri Azlina Bustani di Facebook ini. Anak-anak mesti suka!
Baca juga: Mini Mantou Nugget Burger, Sarapan Comel Untuk Anak Ke Sekolah
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Pukul rata telur dan bancuh rata semua bahan.
2. Masukkan daun sup, kobis, brocolli dan daun bawang yang diracik halus.
3. Kemudian, masukkan potongan kecil jejari ketam bersama udang putih kecil.
4. Letakkan kepingan cheese di atasnya.
5. Boleh bakar dengan menggunakan mold muffin dalam 20 hingga 25 minit api atas bawah 180ºC. Siap!
Egg Muffins & Cheese ini memang nampak menyelerakan. Jika begini, bukan setakat anak-anak, mak-mak pun boleh tertarik dibuatnya.
Nak meningkatkan selera anak bukanlah mudah, tapi mak-mak boleh cuba hidangkan Egg Muffins & Cheese ini supaya anak-anak anda makan dengan lebih berselera.
Egg Muffins & Cheese ini sangat sesuai untuk mak-mak jadikan sebagai sarapan atau minum petang anak dengan makan begitu saja. Boleh hidangkannya bersama nasi juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Seri Azlina Bustani
Baca juga: Roti Mayonis Berkeju Tarik, Sedap Buat Minum Petang Untuk Anak
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…
Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…
Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…
Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…