Categories: Resipi

Dessert Ringkas Tapi Rupa Kayangan, Jom Cuba Sandwich Cheesecake!

Sandwich cheesecake ini merupakan juadah yang mudah disediakan dan pastinya menggiurkan. Dengan bahan-bahan yang sederhana dan langkah-langkah yang ringkas, sesiapa sahaja boleh mencubanya di rumah.

Resipi oleh Mr Ali ini memang lain dari lain jika dijamukan untuk tetamu di rumah, pasti orang akan suka!

Jom kita tengok resipi yang sangat mudah dan senang ini. 

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Malaysia Perisa Jagung, Terasa Betul Lemak Manisnya!

RESIPI SANDWICH CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 8 keping biskut (Jacobs atau biskut pilihan anda)
  • 250 gram cream cheese
  • 150 gram dairy whipping cream
  • 50 gram gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 25 gram oreo yang dihancurkan atau 125 gram coklat yang dicairkan

Cara Penyediaan:

1. Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.

2. Letakkan 4 keping biskut di dasar loyang. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara anda menyediakan lapisan mousse.

3. Anda mempunyai dua pilihan flavour untuk mousse, iaitu Oreo atau Coklat.

Untuk Oreo:

  • Kocok 250 gram cream cheese pada suhu bilik sehingga lembut.
  • Selepas itu, masukkan gula icing dan esen vanilla. Kocok sehingga sebati.
  • Kocok pula 150 gram dairy whipping cream sehingga kental. Gaulkan dengan adunan cream cheese sehingga sebati.
  • Masukkan oreo yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul rata.
  • Ratakan adunan ke atas lapisan biskut yang telah disediakan di dalam loyang.

Untuk Coklat:

  • Kocok 250 gram cream cheese pada suhu bilik sehingga lembut.
  • Selepas itu, masukkan gula icing dan esen vanilla. Kocok sehingga sebati.
  • Cairkan 125 gram coklat dan masukkan ke dalam adunan cream cheese. Kocok sehingga sebati.
  • Kocok pula 150 gram dairy whipping cream sehingga kental. Gaulkan dengan adunan cream cheese sehingga sebati.
  • Ratakan adunan ke atas lapisan biskut yang telah disediakan di dalam loyang.

4. Letakkan lagi 4 keping biskut di atas lapisan mousse.

5. Setkan dalam peti sejuk selama 5 jam.

6.. Selepas 5 jam, keluarkan loyang dari peti sejuk dan potong kek kepada saiz yang diinginkan.

7. Hidangkan dengan hiasan gula atas permukaan kek untuk penampilan yang lebih menarik.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda akan mendapat sandwich cheesecake yang lembut dan lazat.

Selamat mencuba!

Sumber: Muhammad Ali

Baca juga: Jemput Cara Malas, Sampai Terleka Bila Makan, Sedar-Sedar Dah Habis!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

49 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

55 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

1 hour ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago