durian serawa

Durian serawa bukan sahaja enak dimakan bersama pulut, malah semakin popular dijadikan topping untuk pelbagai pencuci mulut termasuk butter cake. Gabungan rasa lemak manis serawa dengan kek mentega yang gebu menghasilkan pencuci mulut yang cukup memikat, lebih-lebih lagi ketika musim durian.

Jika anda sedang mencari resipi kek durian yang mudah tetapi hasilnya nampak premium, inilah resipi yang patut dicuba. Tekstur butter cake yang lembut dipadankan dengan lapisan serawa durian yang pekat menjadikan setiap suapan lebih berkrim, harum dan sukar ditolak.

Baca juga: Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Tak Kering Walaupun Dah Sejuk

RESIPI DURIAN SERAWA BUTTER CAKE

durian serawa

Bahan-bahan Butter Cake:

  • 250g salted butter (dilembutkan sedikit, bukan lembik)
  • 170g gula kastor
  • 4 biji telur gred A atau AA
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 260g tepung naik sendiri (diayak)
  • 60ml buttermilk

Homemade Buttermilk:

  • 50ml susu penuh krim
  • 1 sudu teh cuka atau jus lemon

Gaulkan kedua-duanya dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

  • 150g isi durian yang dilecek

Bahan-bahan Durian Serawa:

  • 100g gula Melaka (dipotong kecil)
  • 50ml santan pekat
  • 50ml air
  • 1 hingga 2 helai daun pandan
  • Secubit garam halus
  • 150g isi durian
  • ½ sudu teh tepung jagung (pilihan jika serawa terlalu cair)

Cara-cara Penyediaan Durian Serawa:

1. Masukkan gula Melaka, santan, air, daun pandan dan garam ke dalam periuk.

2. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula Melaka larut sepenuhnya.

3. Masukkan isi durian dan kacau hingga sebati.

4. Jika serawa masih cair, bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

5. Masak sehingga serawa menjadi pekat.

6. Biarkan sejuk sepenuhnya, kemudian simpan di dalam peti sejuk sebelum dijadikan topping.

Cara-cara Penyediaan Butter Cake:

1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul.

3. Tambahkan esen vanila.

4. Masukkan tepung naik sendiri secara berselang-seli dengan buttermilk.

5. Akhir sekali, masukkan isi durian yang telah dilecek dan gaul sehingga sebati.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9 x 9 inci.

7. Ratakan permukaan adunan dan letakkan durian serawa yang telah sejuk di bahagian atas mengikut citarasa.

8. Bakar pada suhu 160°C selama 40 hingga 50 minit, bergantung kepada prestasi oven masing-masing.

9. Setelah masak, keluarkan daripada oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tips:

  • Pastikan durian serawa dimasak sehingga pekat supaya tidak tenggelam ke dalam adunan kek.
  • Gunakan mentega yang lembut, bukan cair, untuk mendapatkan tekstur kek yang lebih gebu.
  • Elakkan membakar terlalu lama kerana butter cake boleh menjadi kering.
  • Masa pembakaran mungkin berbeza mengikut jenis oven, jadi lakukan ujian lidi sebelum mengeluarkan kek.
  • Butter cake ini lebih sedap dinikmati selepas disimpan semalaman di dalam bekas bertutup kerana teksturnya menjadi lebih moist dan rasa durian lebih sebati.
  • Sukatan durian serawa ini juga mencukupi untuk dijadikan topping bagi dua biji butter cake jika digunakan secara nipis.

Selamat mencuba!

Sumber: Norashikin Ismail

Baca juga: Kek Batik Cheese Viral, Gabungan Coklat Dan Krim Keju Ini Buat Ramai Tak Berhenti Makan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN