donut bomboloni

Pantang nampak ada peniaga yang jual donut di tepi jalan, mesti nak beli punya. Seronoknya jika tahu cara buat Donut Bomboloni, tak perlu beli di luar lagi.

Donut Bomboloni merupakan donut versi orang Itali yang dibuat sama seperti donut biasa cuma tanpa lubang di bahagian tengah.

Apa yang membezakan Donut Bomboloni dengan donut biasa adalah ia diisi dengan filling seperti custard cream, coklat, jem dan lain-lain.

Kami sudah jumpa resipi Donut Bomboloni daripada Nieza Nor Hamnira di Facebook yang menjanjikan hasil gebu gebas. Jom cuba!

Baca juga: Bomboloni Lembut & Gebu, Ikut Je Resepi Ni Confirm Jadi!

RESIPI DONUT BOMBOLONI

donut bomboloni

Bahan A:

  • 11g yis paket (instant)*
  • 2 sudu besar gula*
  • 1 cawan air suam*

Bahan B:

  • 500 g tepung roti atau tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar marjerin atau butter
  • 1 sudu kecil bread improver (kalau ada, lebih baik, tiada pun tak apa)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur (pukul telur sekejap dengan garfu sehingga berbuih)

Cara-cara:

1. Satukan bahan bertanda (*) dan biarkan sampai naik buih, kemudian satukan semua Bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Campurkan Bahan B dengan Bahan A, kemudian uli sehingga tak melekat pada tangan.

3. Jika anda guna breadmaker, boleh masukkan Bahan A (cecair) dulu, kemudian masukkan Bahan B dan biarkan lebih kurang 30 minit.

4. Apabila naik, tumbuk buang angin, bahagi doh kecil-kecil mengikut besar yang anda suka dan bulat-bulatkan, kemudian ketepikan dan biar sekejap dalam 10 hingga 15 minit.

5. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan donut dan biarkan sekejap. Setelah perang baru terbalikkan sebelah lagi, kemudian angkat dan toskan.

6. Cucuk inti coklat atau nutella, kemudian kisar gula bersama sedikit susu tepung untuk salut donut. Siap!

donut bomboloni

Resipi Donut Bomboloni ini boleh juga digunakan untuk buat roti. Anda hanya perlu masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan kecil butter di atas adunan roti.

Kemudian apabila naik gebu, panaskan oven 160ºC, bakar roti api atas dulu selama 7 minit, kemudian buka api atas bawah selama 15 minit (agak-agak mengikut oven masing-masing).

Bentuknya yang gebu gebas dan disalut dengan gula serta filling yang sedikit terkeluar, sesiapa pun akan tertarik untuk memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Baca juga: Resipi Cromboloni Viral (Croissant + Bomboloni), Simple Dan Mudah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN