Categories: Resipi

Trik Buat Donat Gebu Tanpa Telur, Dah Sejuk Pun Tetap Lembut Teramat!

Dalam banyak-banyak jenis kuih, semestinya donat menjadi kesukaan ramai. Sebenarnya, ada resipi terbaik untuk buat donat gebu tanpa telur yang cukup sedap tau.

Donat ialah makanan pastri berbentuk bulat yang dihasilkan daripada doh dan boleh didapati dalam pelbagai jenis. Namun, donat yang biasa dilihat adalah seperti gelang dan cincin.

Seiring peredaran zaman, pelbagai donat yang divariasikan supaya kelihatan lebih kreatif dan menarik seperti dimasukkan kastard, krim dan jem ke dalamnya sebagai inti.

Perkongsian resipi donat gebu tanpa telur oleh Mazni Ilham di Facebook ini sangat menarik kerana walaupun sejuk, ia tetap lembut dan lazat dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Membuat Donat Kapas, Letak Satu Bahan Jadi Gebu Macam Bantal

RESIPI DONAT GEBU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

  • ½ cawan air suam
  • ½ paket mauripan
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu marjerin
  • ½ sudu kecil serbuk penaik (tiada pun tak mengapa)
  • Secubit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan air suam, mauripan, gula dan susu pekat dalam bekas.

2. Selepas itu, biarkan sampai yis kembang berbuih.

3. Gaul tepung gandum, marjerin, serbuk penaik dan garam sampai sebati sambil masukkan air yis tadi sedikit demi sedikit (jika rasa tak cukup, tambah air suam).

4. Kemudian, uli sampai doh tak melekat pada tangan (pastikan doh jangan keras, lembut saja).

5. Seterusnya, biarkan selama 40 minit atau sampai doh naik sekali ganda.

6. Setelah itu, boleh bentukkan bulat-bulat dan rehatkan sekejap.

7. Apabila sudah naik elok, bolehlah buat lubang di bahagian tengah (saya pakai jari saja).

8. Selanjutnya, goreng donat sampai keperangan dalam minyak panas, angkat dan toskan.

9. Akhir sekali, biarkan donat sejuk sedikit dan bolehlah golekkan dengan campuran gula halus dan susu tepung (saya guna susu Everyday).

Donat gebu tanpa telur ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai alahan. Jika tiba-tiba telur sudah habis di rumah, anda tetap boleh buat donat yang sedap dengan resipi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Mazni Ilham

Baca juga: Resepi Donat Kampung Lembut Sampai Petang, Gebu Bukan Main Lagi

Aimi

Recent Posts

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

41 minutes ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

1 hour ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

1 hour ago

Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

Kai See Hor Fun merupakan hidangan mi berkuah yang cukup popular di Ipoh, Perak. Hidangan…

3 hours ago

Tak Perlu Makan Di Kedai, Ini Resipi Nasi Khao Mok Thai Lengkap Dengan Ayam & Sosnya

Resepi nasi khao mok thai merupakan antara hidangan yang menarik untuk dicuba bagi penggemar masakan…

3 hours ago

Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!

Rindu nak makan rojak dengan kuah yang pekat, manis, pedas dan cukup rasa? Rupanya, kuah…

4 hours ago