Categories: Resipi

Cara Buat Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Lembut & Garing!

Roti canai adalah hidangan kegemaran ramai, tapi ramai yang fikir ia susah dibuat. Dengan resepi roti canai simple ini, anda boleh buat roti canai di rumah tanpa perlu menebar! Hasilnya tetap lembut di dalam dan garing di luar.

Resipi ini mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Dengan bahan-bahan ringkas dan langkah-langkah mudah, anda boleh menikmati roti canai homemade yang sedap. Jom cuba, pasti puas hati!

Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!

RESEPI ROTI CANAI SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum (sukat guna cawan yang biasa digunakan untuk mengukur air)
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air (gunakan air sejuk)
  • Butter dan minyak untuk melumur doh

Cara-cara:

  1. Masukkan 4 cawan tepung gandum ke dalam sebuah bekas besar.
  2. Tambahkan 1 1/2 sudu teh garam, 2 sudu besar susu pekat manis dan 2 sudu besar minyak masak. Gaul bahan-bahan ini tanpa menggunakan air terlebih dahulu.
  3. Setelah bahan-bahan sebati, tambahkan 1 cawan air sedikit demi sedikit. Simpan baki 1 cawan air di tepi untuk digunakan jika perlu. Pastikan air yang digunakan adalah air sejuk.
  4. Gaul bahan-bahan menggunakan tangan dan uli doh selama lebih kurang setengah jam. Jika rasa air secawan tadi tidak mencukupi, tambah sedikit air lagi sehingga doh tidak melekat pada tangan dan menjadi licin.
  5. Rehatkan doh selama 15 minit dengan menutupnya menggunakan kain bersih.
  6. Selepas 15 minit, uli doh sekali lagi selama 20 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan elastik.
  7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, kemudian lumurkan setiap bahagian dengan butter dan minyak. Pastikan bekas doh dilumur sedikit dengan minyak.
  8. Tutup bekas dan biarkan doh berehat selama sekurang-kurangnya 6 jam. Jika boleh, biarkan selama 8 jam untuk hasil yang lebih baik.
  9. Setelah itu, ambil doh dan tebarkan. (Jika tak pandai sangat tebar roti canai, gunakan dulang seperti yang dilakukan oleh orang dahulu).

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!

Wan N

Recent Posts

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

49 minutes ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

1 hour ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

2 hours ago

Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

Kai See Hor Fun merupakan hidangan mi berkuah yang cukup popular di Ipoh, Perak. Hidangan…

3 hours ago

Tak Perlu Makan Di Kedai, Ini Resipi Nasi Khao Mok Thai Lengkap Dengan Ayam & Sosnya

Resepi nasi khao mok thai merupakan antara hidangan yang menarik untuk dicuba bagi penggemar masakan…

3 hours ago

Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!

Rindu nak makan rojak dengan kuah yang pekat, manis, pedas dan cukup rasa? Rupanya, kuah…

5 hours ago