comfort food travel

Travel ke luar negara memang seronok, tapi bila rindu rumah datang, lidah kita mula cari rasa yang familiar. Sebab itu ramai orang Malaysia tak lupa bawa comfort food travel di luar negara, makanan yang bukan saja sedap tapi juga ubat rindu.

Artikel berkaitan : Ini Senarai Makanan Berpek Murah & Tahan Lama Sesuai Untuk Kaki Travel Bajet!

Jom tengok senarai 7 comfort food yang ramai orang Malaysia akan bawa atau tercari-cari bila travel ke luar negara:

1. Maggi Kari – Comfort Food Travel Di Luar Negara Yang Paling Disukai

Ini bukan sekadar mi segera, ini life saver. Maggi Kari ni comfort food nombor satu rakyat Malaysia. Waktu travel, especially bila makanan negara orang kurang ‘mesra’ dengan tekak kita, Maggi lah yang selamatkan mood.

Tambah telur separuh masak, sedikit sayur atau sambal kering, terus rasa macam makan kat rumah waktu hujan.

Lebih-lebih lagi, kalau anda berada di negara sejuk, rasa dia jadi dua kali ganda sedap. Mudah disediakan, boleh makan sendiri atau kongsi dengan kawan, semua orang pasti gembira.

2. Sambal Bilis Garing – Ringan, Pedas & Disukai Ramai

Kecil, ringan dan tak perlu simpan dalam peti. Sambal bilis ni memang power. Nak makan dengan roti pun sedap, letak atas nasi panas, campur dalam mi segera pun ‘ngam’.

Lebih istimewa, kalau sambal tu hasil tangan ibu atau nenek di kampung. Bau sambal yang kuat bila dibuka… memang buat kita rasa macam balik rumah kejap.

3. Nasi Impit & Kuah Kacang – Suasana Raya Di Perantauan

Tak ramai tahu nasi impit vacuum pack sekarang dah makin senang nak bawa. Makan dengan kuah kacang segera  terus rasa macam pagi raya, walaupun tengah travel solo kat Amsterdam atau Korea.

Biasanya, makanan ini sesuai dimakan waktu malam, dalam bilik hotel atau hostel. Jika mahu lebih feeling, pasang lagu raya di telefon sambil makan. Mungkin rasa sebak, tapi puas hati.

4. Serunding Daging/Ayam – Bekalan Protein Ketika Travel

Antara makanan travel Malaysia yang wajib ada dalam beg ialah serunding dan nasi segera. Ramai pelancong setuju, bawa makanan travel Malaysia banyak membantu dalam perjalanan jauh.

Tak basi, tak berat dan sedap gila. Rasa dia cukup lengkap, manis, pedas, lemak, semuanya ada. Sesuai dengan nasi putih, roti atau sebagai lauk tambahan bila masak sendiri di hostel.

Nak lagi syok, buat mini nasi lemak dengan serunding dan sambal bilis. Kat dapur hotel pun boleh jadi chef Malaysia.

5. Teh Tarik 3-in-1 – Rasa Kopitiam Dalam Cawan

Kadang-kadang kita tak perlukan makanan pun, cukup dengan secawan teh tarik panas. Teh tarik 3-in-1 ni memang wajib bawa. Senang bancuh, aroma dia pun dah buat hati cair.

Contohnya, waktu pagi sambil tengok matahari terbit di Airbnb, atau lepas penat berjalan petang. Teh tarik ni betul-betul bawa rasa “Malaysia” dalam setiap hirupan.

6. Nasi Goreng Kering – Cepat, Kenyang & Halal

‘Comfort Food’ Bila Travel Luar Negara

Kalau ada satu makanan yang “multifunctional” dan sesuai dibawa travel, inilah dia nasi goreng kering atau nasi segera (jenis vacuum pack).

Biasanya, anda cuma perlu panaskan dan terus makan. Tanpa lauk pun dah cukup menyelerakan. Ada pelbagai pilihan rasa seperti nasi goreng kampung, nasi goreng cina atau sambal.

Paling penting, nasi ni sesuai bila susah nak jumpa makanan halal atau terlalu letih nak keluar makan. Tekstur dia sedap, bau wok dia buat kita terbayang kedai makan tepi jalan di Malaysia.

7. Kuih Raya Mini Pack – Nostalgia Dalam Setiap Gigitan

Ni rare sikit tapi siapa pernah buat, tahu betapa berharganya. Kuih raya macam tart nenas, biskut suji atau samperit, kalau bawa dalam bekas kecil, dia jadi mood booster masa travel.

Makan satu-satu sambil tengok gambar keluarga kat phone, rasa sayu tapi dalam masa yang sama, rasa disayangi.

Lagi best kalau share dengan kawan dari negara lain juga, boleh jadi cultural sharing juga tau!

Bila Perut Kenyang, Hati Pun Tenang

makanan travel Malaysia

7 Comfort Food Orang Malaysia Wajib Bawa Bila Travel

Comfort food ni lebih dari sekadar makanan tetapi membawa kepada memori, rasa kasih sayang dan buat kita rasa connected dengan rumah. Bila travel jauh, benda-benda kecil macam ni yang buat kita kuat dan bahagia.

Jadi, sebelum kemas beg untuk trip akan datang, pastikan anda bawa sekurang-kurangnya satu comfort food bila travel luar negara dari senarai ini.

Setiap orang ada versi sendiri tentang apa itu comfort food bila travel luar negara, kongsikan pilihan anda di ruangan komen!

travel halal

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

 

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN