
Khairul Aming sekali lagi jadi bualan! Baru saja lancar produk baharu iaitu Dendeng Daging Nyet Extra Pedas, 40,000 paket laku keras dalam masa tak sampai sejam menerusi sesi live di TikTok.
Menerusi video yang dikongsi akaun tiktokshop_my, paparan jualan di skrin komputer riba menunjukkan angka yang meningkat pantas. Sasaran awal RM500 ribu terus melonjak hingga mencecah lebih RM600 ribu.
@tiktokshop_my 500k 😍 laju stock Dedeng malam ni ❤️❤️ #TikTokShopMY
Baca juga: Video Memasak Pertemu Khairul Aming & PM New Zealand, Siap Sarapan Bersama!
40,000 PEK DENDENG DAGING HABIS TERJUAL DALAM SATU SESI LIVE, JUALAN CECAH RM600,000
Sebelum pelancaran produk baharu ini, beliau ada maklumkan tentang kenaikan harga dendeng sebanyak RM1 disebabkan kos pengeluaran yang semakin tinggi. Namun, ramai pembeli tetap menyokong kerana memahami cabaran pengusaha makanan.
Ruangan komen pula penuh dengan ucapan tahniah dan doa agar beliau terus dimurahkan rezeki. Ada juga yang mencadangkan sistem langganan untuk mudahkan pembelian di masa akan datang.
Ramai pengguna media sosial menyatakan mereka bangga dengan kejayaan anak muda ini. Beliau bukan saja pandai berniaga, malah tidak kedekut ilmu dan sentiasa merendah diri.
“Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki. Seronok tengok anak muda Melayu Islam pandai berniaga macam KA ni.”
“Amalan KA sedekah tak bising kepada orang lain. KA tidak minta dipuji dan dipuja, sedekah diam diam dan tiada kontroversi.”
Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Khairul Aming, Kuah Pekat & Pedas Memang Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














