Categories: Tips & Petua

Tips Daun Ubi Cepat Empuk, Jangan ‘Skip’ Langkah Ini Semasa Merebus

daun ubidaun ubi

Jom MyResipi kongsikan tips merebus daun ubi supaya cepat empuk. Bukan itu sahaja, warna daun juga kekal cantik dan tidak kusam. Daun ini memang sedap jika dibuat masak lemak, cicah sambal belacan atau buat urap. Semuanya pasti menyelerakan!

Kadang-kadang, merebus daun ubi boleh ambil masa yang lama, terutama jika daun yang dibeli agak keras. Rasa sayang kalau nak masak, tetapi hasilnya tidak memuaskan. Namun, jangan risau! Ada beberapa cara mudah untuk menjadikan daun anda cepat empuk dan enak.

Dengan menggunakan teknik yang betul, anda boleh menjimatkan masa dan memastikan daun empuk dan tetap segar. Mari kita lihat beberapa tips berguna untuk merebus dengan cara yang betul.

Baca juga: Daun Pandan vs Daun Suji, Nampak Sama Tapi Sebenarnya Berbeza!

CARA MEREBUS DAUN UBI SUPAYA CEPAT EMPUK

daun ubidaun ubi

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan daun ubi ke dalam air mendidih.
  3. Tambahkan sedikit ‘soda bikarbonat’ dalam hujung sudu sahaja. Ikut banyak mana daun yang anda rebus.
  4. Dalam sekejap, daun akan jadi empuk dan warna hijau tetap cantik.
  5. Setelah empuk, tos daun tersebut. Nak basuh atau tidak terpulang kepada anda.
  6. Jika nak basuh, boleh teruskan dengan masakan anda.

Sumber: Lia Yob Ibrahim

Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Pahit Daun Betik, Kena Rendam Dengan Bahan Ini

Nasiha

Recent Posts

Jenis Warna ‘Oxygen Absorber’, Kena Tahu Sesuai Untuk Simpan Makanan Apa

Pernah beli biskut dalam tin dan tiba-tiba terjumpa satu pek kecil di dalamnya? Sebenarnya, ia…

2 days ago

Kek Gula Hangus Bakar Tanpa Perap, Berongga Dan Kenyal Baru Puas Nak Makan!

Buat anda yang sedang mencari idea untuk hidangan minum petang, boleh cuba resipi Kek Gula…

2 days ago

Mee Kicap Chinese Style Macam Di Kedai, Makan Sepinggan Confirm Licin!

Selalunya kita buat mee goreng biasa di rumah, jadi kali ini kami kongsikan cara buat…

2 days ago

Rahsia Kuah Shell Out Yang Padu, Rupanya Kena Tambah ‘1 Bahan’ Rahsia Ini

Siapa 'hantu' makanan laut wajib cuba resepi shell out yang mudah dan ringkas ini. Lebih…

2 days ago

Cara Buat Kacang Tanah Goreng Masin, Ralit Kunyah Sampai Licin Sebekas!

Selain kuaci, kacang tanah goreng juga merupakan kudapan yang digemari ramai, tidak kira kanak-kanak mahupun…

2 days ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Ringkas Sampai 3 Kali Tambah Nasi!

Mungkin ada yang belum pernah mencuba ikan tenggiri masak cuka ini. Tapi percayalah, hidangan ini…

2 days ago