Categories: Resipi

Resepi Cucur Udang Rangup, Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buat Guna Senduk

Buat anda yang suka buat cucur di rumah tapi selalu dapat hasil tak menjadi, boleh cuba resepi Cucur Udang rangup ini dengan menggunakan senduk di dapur.

Resepi Cucur Udang rangup ini dikongsikan oleh Norhazlin Zakaria di Facebook dan hasilnya sangat memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cucur Jawa Paling Ringkas, Goreng Begini Barulah Terbentuk Elok

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

Bahan-bahan untuk buat cucur udang:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar mauripan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 200ml air
  • 1 biji telur ayam
  • Tauge
  • Daun kucai
  • Udang
  • Garam

Bahan-bahan untuk buat kuah sos:

  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili siam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 100ml cuka makan atau air asam jawa
  • 1 keping gula melaka
  • ½ cawan gula putih
  • Garam
  • 600ml air

Cara-cara memasak:

1. Masukkan tepung ke dalam bekas diikuti dengan serbuk kunyit, mauripan dan sedikit air.

2. Gaulkan dulu dan masukkan telur sampai adunan tepung menjadi pekat.

3. Masukkan daun kucai, tauge dan kacau sebati.

4. Masukkan garam dan perap selama 2 hingga 3 jam. Tutup bekas dengan plastik atau sebarang penutup.

5. Sementara menunggu, boleh buat kuah sos dengan kisarkan cili merah, cili siam, bawang putih, gula putih, gula melaka, tepung jagung dan masukkan separuh air.

6. Setelah dikisar, tapiskan dulu untuk buang biji cili dan masakkannya di atas dapur gas bersama lebihan air tadi sehingga pekat dengan sentiasa kacau.

7. Selepas pekat, masukkan garam. Apabila ia berkilat, masukkan cuka atau perahan air asam jawa dan selepas mendidih, tutupkan api.

8. Selepas 3 jam, panaskan minyak dan senduk cucur di dalam kuali dengan api yang sederhana. Masukkan adunan ke dalam senduk yang panas dan letakkan udang di atasnya ditekankan sedikit.

9. Masukkan semula ke dalam minyak panas dan selepas ia lekang dari senduk, ulangi semula pengisian adunan tadi.

10. Selepas dibalikkan cucur sehingga masak kedua-dua bahagian, boleh diangkat. Setelah sejuk cucurnya, boleh dipotong dan digaul dengan kuah sos. Siap untuk dinikmati!

Selain dimakan begitu saja, resepi Cucur Udang rangup ini juga boleh digunakan sebagai hidangan sampingan untuk pelbagai jenis rojak.

Selamat mencuba!

Sumber: Norhazlin Zakaria

Baca juga: Cucur Kembung Manis, Tak Nak Pakai Gula Boleh Ganti Bahan ‘Ini’ Di Rumah

Aimi

Recent Posts

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

21 mins ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

6 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

6 hours ago

Resipi Ikan Siakap Tomyam, Idea Tukar Selera Kalau Dah Jemu Masak Tiga Rasa!

Biasa makan tomyam ayam atau tomyam seafood? Apa kata kali ini cuba pula resepi ikan…

6 hours ago